Covid-19: Wanita Jahit Baju PPE Guna Kaki, Bantu Barisan Hadapan – Manis Madu

Covid-19: Wanita Jahit Baju PPE Guna Kaki, Bantu Barisan Hadapan

Kekurangan bukannya satu halangan untuk mereka yang kenal erti usaha tidak kiralah kesusahannya, yang penting itu adalah usaha.

Itu tanggapan pertama Madu apabila mengetahui seorang wanita kurang upaya yang bertungkus-lumus menjahit pakaian perlindungan (PPE) untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan.

Alhamdulillah syukur rasanya dapat mengikuti projek bersama beberapa rakan staf Kolej Komuniti Teluk Intan untuk…

Posted by Norfarrah Syahirah Shaari on Thursday, 9 April 2020

Wanita yang dilahirkan tanpa tangan iaitu Norfarrah Syahirah Shaari, 32, baru-baru ini telah tular berita mengenai dirinya sebagai seorang wanita kurang upaya (OKU) yang menjahit baju PPE menggunakan kaki beliau.

 

Menurut sumber Berita Harian, Norfarrah yang merupakan seorang pembantu tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI) dan beberapa orang lain telah mengambil inisiatif untuk menjahit baju PPE.

Menurut beliau, walaupun tidak mempunyai tangan, Norfarrah boleh menjahit menggunakan kakinya dengan mahir dan tidak ingin melepaskan peluang membantu barisan hadapan.

 

“Saya telah menjahit lapan pasang baju PPE tetapi hanya sempat menyiapkan dua saja kerana perlu membahagikan masa untuk kerja lain dan saya ingin menyiapkan lagi enam pasang dalam minggu ini.

 

Walaupun menjahit menggunakan kaki nampak sukar kerana perlu memegang lipatan kain sambil menjahit supaya kain tidak rosak tetapi saya bersyukur semua kerja rasa mudah cuma memerlukan kesabaran yang tinggi” kata Norfarrah.

Baju PPE yang telah siap jahit oleh Norfarrah, sembilan orang sukarelawan yang juga kakitangan KKTI dan 25 tukang jahit sekitar kolej tersebut akan dikutip dan dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) dan Klinik Kesihatan Teluk Intan.

 

Madu ingin memuji usaha yang dilakukan Norfarrah dan juga orang lain yang membantu petugas barisan hadapan. Sama-sama kita berusaha menangani krisis Covid-19.

Sebenarnya mereka nie semualah yang banyak membantu dalam menjalankan projek CSR PPE Frontliner untuk diberikan kepada…

Posted by Norfarrah Syahirah Shaari on Wednesday, 15 April 2020

Post a Comment