‘Cuti Datang Bulan’ Khas Buat Wanita Alami Senggugut Di Sepanyol – Manis Madu
‘Cuti Datang Bulan’ Khas Buat Wanita Alami Senggugut Di Sepanyol

‘Cuti Datang Bulan’ Khas Buat Wanita Alami Senggugut Di Sepanyol

Masalah senggugut menjadi halangan buat sebahagian wanita melakukan aktiviti harian termasuk bekerja. Orang yang tak mengalami tak akan faham betapa siksanya sakit senggugut setiap bulan dan tak semua wanita mengalaminya.

woman in white tank top and blue denim-period pain

Baru-baru ini, kerajaan Sepanyol memutuskan untuk memberi ‘cuti datang bulan’ kepada wanita yang mengalami senggugut ketika bekerja.

 

Menurut laporan portal berita DailyMail, peruntukan cuti itu diberi sebanyak tiga hari dalam sebulan bagi wanita yang mengalami masalah itu.

 

Pengumuman oleh stesen radio Cadena Ser berkata, langkah berkenaan akan dimulakan oleh kerajaan Sepanyol bermula minggu hadapan.

Sepanyol

Untuk pengetahuan Maduners, Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Zambia merupakan antara negara lain di dunia yang sudah memberi cuti hadi kepada wanita.

 

Dalam masa yang sama, di bawah pakej pembaharuan yang ditetapkan untuk kelulusan mesyuarat Kabinet Sepanyol pada Selasa depan, sekolah-sekolah juga dikehendaki menyediakan tuala wanita untuk pelajar perempuan yang memerlukannya.

 

Perkara ini termasuk memberi cuti kepada wanita yang keguguran, merupakan antara langkah untuk menjamin kesihatan haid dan pemulihan kesihatan reproduktif pada 3 Mac lalu, menurut Setiausaha Negara bagi Kesaksamaan dan Menentang Kegansan Jantina, Angela Rodriguez.

 

“Hak berkaitan dengan kesihatan haid tidak pernah dibincangkan dan datanya mengejutkan.

 

“Satu daripada empat wanita tidak boleh mendapatkan produk kebersihan yang ingin dibelinya atas sebab-sebab kewangan.

 

“Disebabkan itu kami cadangkan mereka boleh mendapatkannya secara percuma di pusat pendidikan dan sosial,” ujarnya kepada akhbar El Periodico.

Post a Comment