Dah Habis Tengok Filem Lejen Bollywood? Tambah 5 Filem Ini Dalam List Korang! – Manis Madu
Filem Lejen Bollywood

Dah Habis Tengok Filem Lejen Bollywood? Tambah 5 Filem Ini Dalam List Korang!

Setiap kali sambutan perayaan Deepavali, stesen TV selalunya akan ulang tayang beberapa filem legend sepanjang zaman seperti Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein atau Kabhi Kushi Kabhi Gham.

 

Walaupun filem Bollywood semua lejen-lejen dan memang tak akan bosan, Maduners mungkin nak tengokĀ  filem baru kan?

 

Untuk Maduners, kali ini Madu nak cadangkan beberapa filem terbaik yang boleh Maduners tonton dengan ahli keluarga masa Deepavali. Genre filem yang Madu cadangkan ini pun berbeza dengan filem Bollywood kebiasaan.

#1 Dangal

Dangal 2016

Sumber Gambar: www.imdb.com

Dangal adalah sebuah filem adaptasi kisah benar menceritakan tentang seorang penggusti bernama Mahavir Singh yang melatih anak perempuannya menjadi penggusti negara. Filem ini Maduners wajib tonton kerana mempunyai sebuah jalan cerita dan olahan plot yang sangat menarik dan sangat memberi inspirasi.

#2 English Vinglish

English Vinglish

Sumber Gambar: www.imdb.com

Filem ini pun Maduners kena masukkan dalam senarai wajib tonton! Madu bagi jaminan, filem ini best dan tak rugi ditonton. Emosi Madu turun naik, turun naik tengok filem ini, tapi yang pastiknya memang ada teladan yang Maduners boleh boleh pelajari dari filem English Vinglish ini.

 

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan sering diperlekeh oleh suami dan anaknya. Maduners kena tengok filem ni sebab filem ini cukup rencah!

#3 Chak De! India

Chak De India

Chak De! India bermaksud ā€œBersemangatlah, India!ā€ Filem ini mengisahkan tentang hoki padang di India. Maduners kena tengok perjuangan Kabir Khan memperbaiki pasukan hoki wanita dan dalam usaha memperbaiki reputasinya.

 

Banyak cabaran dan dugaan sepanjang proses Khan membentuk pasukan terbaik. Satu perkara tentang filem ini, semangat kenegaraan yang tinggi yang ditunjukkan patut diberi pujian.

 

Jangan terkejut ya, tapi sebenarnya untuk filem ini, Shah Rukh Khan bukan pilihan pertama untuk jadi pelakon utama filem ini, tapi ditawarkan dahulu kepada Salman Khan. Tapi lakonan Shah Rukh Khan memang terbaik dalam filem ini!

#4 Super 30

Super 30

Filem ini juga merupakan adaptasi dari kisah benar. Super 30 menceritakan tentang perjuangan seorang guru bernama Anand Kumar yang sanggup meninggalkan pekerjaan, kekayaan dan populariti demi mendidik golongan pemuda yang tidak berkemampuan untuk belajar kerana kemiskinan.

 

Dalam filem ni pun, banyak cabaran dan dugaan seorang guru dalam mempertahankan niat murninya nak didik anak bangsa. Kalau nak tahu filem ini salah satu filem lakonan Hrithik Roshan yang masuk box office Ā dan berjaya mengutip $5.038 juta

#5 Black

Black 2005

Sumber Gambar: www.cinestaan.com

Filem ni sesuai Maduners tengok dengan seisi keluarga kerana dapat bagi banyak pengajaran yang baik tapi sediakan siap-siap tisu sebab memang akan menangis tengok filem ini!

 

Filem ini menceritakan tentang seorang gadis buta, pekak dan bisu sejak kecil bernama Michelle. Dia perlu berjuang supaya dapat berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dalam filem ni menunjukkan semangat Michelle dalam usaha memperoleh gelaran sarjana. Sebelum dapat mencapai gelaran sarjana di usia 40 tahun, Michelle telah berkali kali gagal dalam ujian namun dia tidak berputus asa.

 

Amacam cadangan filem yang Madu bagi? Onz tak? Maduners yang belum tengok lagi filem-filem cadangan Madu di atas, alang-alang Ā sempena perayaan Deepavali ini, boleh tonton bersama-sama keluarga. Confirm tak menyesal!

Post a Comment