Dah Musim Banjir Sekarang Ni! Apa Nak Buat Kalau Kawasan Rumah Korang Banjir? – Manis Madu
Musim Banjir Sekarang

Dah Musim Banjir Sekarang Ni! Apa Nak Buat Kalau Kawasan Rumah Korang Banjir?

Hujung-hujung tahun ini Maduners pun tahu kan Malaysia lazimnya akan menghadapi masalah yang sama. Banjir! Haa, itulah masalah yang tiap-tiap tahun kita akan hadapi.

 

Banjir ini terjadi bukan saja disebabkan hujan yang berterusan tapi atas faktor-faktor lain juga seperti masalah perparitan, pembandaran, hakisan dan lain-lain.

 

Jadi, bila berlakunya banjir atau lokasi keberadaan Maduners itu berpotensi untuk banjir, Anis ada beberapa tips untuk korang!

#1 Segera Pindah Ke Pusat Pemindahan

Pusat Pemindahan Sementara di Stadium Kapit

Sumber Gambar: www.msn.com

Bila air dalam rumah dah mula naik, Maduners jangan tunggu lagi! Segera pindah ke pusat pemindahan jika mendapat arahan daripada pihak atasan. Korang juga boleh pindah ke tempat yang lebih selamat seperti ke tempat yang lebih tinggi atau ke rumah saudara mara yang masih selamat.

#2 Matikan Suis Elektrik & Tutup Saluran Gas

Sebelum berpindah ke tempat yang lebih selamat, kalau boleh Maduners matikan terlebih dahulu semua suis elektrik dan tutup saluran gas untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.

#3 Awasi Anak-Anak

kanak-kanak-mengambil-peluang-bermain-sampan

Sumber Gambar: www.astroawani.com

Perkara ini memang sangat-sangat penting dan perlu dititkberatkan oleh ibu bapa! Selalu sangat Anis tengok kalau banjir, kanak-kanak bukan main seronok main air banjir.

 

Tindakan ini bahaya sebab mereka berkemungkinan lemas atau hanyut walaupun air banjir tidak terlalu tinggi. Berjaga-jaga sebelum masalah lebih teruk berlaku. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

#4 Hati-hati Dengan Binatang Berbisa

Point yang ini pun Madu nak tekankan juga sebab korang kena extra hati-hati! Dalam air banjir yang makin meningkat naik, kita tak tahu apa yang ada dalam air itu. Boleh jadi banyak sampah sarap, ranting kayu dan boleh jadi juga ada binatang berbisa. Ular, lipan, kala jengking berpotensi untuk berenang-renang dalam air banjir. Silap langkah, mendapatlah!

#5 Pastikan Makanan & Minuman Dimasak Dahulu

Maduners kena pastikan makanan yang dimakan perlulah dimasak terlebih dahulu. Korang jangan makan makanan mentah! Boleh sakit perut dan cirit birit. Minuman juga perlulah daripada sumber air bersih. Kalau air paip sekalipun, jerang air terlebih dahulu sebelum minum.

#6 Jaga Kebersihan

Bila dah dipindahkan ke pusat pemindahan, jagalah kebersihan supaya korang berada dalam keadaan yang selesa dan tenang. Macam mana keadaan korang di rumah, begitulah sepatutnya tahap kebersihan yang perlu korang jaga ketika di pusat pemindahan.

#7 Dapatkan Rawatan Segera Jika Sakit

Jika Maduners mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit, muntah, demam dan sebagainya segera dapatkan rawatan. Jangan biar melarat atau dah teruk baru nak dapatkan rawatan!

 

Kepada Maduners yang berdepan masalah banjir ini, Anis harap korang dalam keadaan yang baik dan selamat. Ikuti setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan dengan sebaik mungkin.

 

~Stay safe Maduners~

Post a Comment