“Saya Sedar Saya Keguguran Bila Sedang Tukar Lampin Anak Pertama”, Meghan Markle Keguguran Anak Keduanya! – Manis Madu
Meghan Markle Keguguran Anak Keduanya

“Saya Sedar Saya Keguguran Bila Sedang Tukar Lampin Anak Pertama”, Meghan Markle Keguguran Anak Keduanya!

Isteri kepada Putera Harry, Meghan Markle dah mengesahkan bahawa beliau mengalami keguguran pada Julai lalu.

 

Khabar sedih itu dikongsikan Markle menerusi artikel yang diterbitkan oleh New York Times dan menyifatkan insiden tersebut sebagai satu kesedihan yang tidak dapat digambarkan. Hilang anak kucing pun sedih, apatah lagi keguguran bayi yang dikandung.

Duchess of Sussex itu berkata, beliau menyedari ‘kehilangan’ anak keduanya itu apabila mengalami kekejangan ketika menukar lampin anak sulungnya, Putera Archie Harrison Mountbatten.

 

“Saya sedar, ketika saya memegang anak pertama saya, saya sudah kehilangan anak kedua (yang dikandung).

 

“Kehilangan seorang anak bermaksud ia mengundang kesedihan yang hampir sukar digambarkan, malah ia diharungi ramai orang tetapi hanya segelintir yang mampu bercerita mengenainya.” katanya lagi seperti yang dilaporkan oleh New York Times.

 

Yang buatkan Madu rasa lebih sebak itu, Meghan memberitahu yang dia menyaksikan bagaimana suaminya cuba menahan kesedihan yang dialami. Sedihnya!

Insiden tersebut digambarkan oleh Meghan sebagai “kehilangan dan kesakitan yang membelenggu setiap orang pada 2020.”

 

Untuk pengetahuan Maduners, Meghan Markle dan Putera Harry mendirikan rumah tangga pada Mei 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada Mei 2019 hasil daripada perkahwinan tersebut.

 

Madu doakan semoga Meghan Markle dan Putera Harry diberi kekuatan untuk lalui dugaan ini!

Post a Comment