Dah Tak Boleh Naik Skuter Elektrik Atas Jalan Raya! Kenderaan Mikromobiliti Dilarang Penggunaannya Berkuat Kuasa Serta Merta – Manis Madu
Dah Tak Boleh Naik Skuter Elektrik Atas Jalan Raya! Kenderaan Mikromobiliti Dilarang Penggunaannya Berkuat Kuasa Serta MertaDah Tak Boleh Naik Skuter Elektrik Atas Jalan Raya! Kenderaan Mikromobiliti Dilarang Penggunaannya Berkuat Kuasa Serta Merta

Dah Tak Boleh Naik Skuter Elektrik Atas Jalan Raya! Kenderaan Mikromobiliti Dilarang Penggunaannya Berkuat Kuasa Serta Merta

Kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) dilarang penggunaannya di jalan raya berkuat kuasa serta-merta. Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam sidang media di kementeriannya, lapor Astro Awani.

 

Beliau berkata, larangan terhadap tiga kategori kenderaan mikromobiliti itu dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah lalu lintas larangan penggunaan kenderaan mobiliti tertentu 2021 yang berkuat kuasa 17 Disember 2021.

 

“Dan penggunaan kenderaan mikromobiliti yang tidak mematuhi peraturan jalan raya atau tiada kawalan ke atas tahap kompetensi pengguna adalah membahayakan semua pengguna jalan raya.

 

“Ini yang ramai guna Moped atau pun dia pandai sangat dia pergi tukar letak paddle tapi paddle itu sebenarnya tiada kebenaran. Dia ada throttle untuk naikkan kelajuan, itu yang kita kena kawal. Nanti saya boleh tunjukkan contoh macam mana mereka modify jadi kelajuan yang merbahaya,” ujarnya.

 

Tambah Ka Siong lagi, penggunaan mikromobiliti yang dilarang atas jalan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1978 iaitu kompaun sebanyak RM300 dan agensi yang menguatkuasakan perintah itu adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta polis.

 

Beliau berkata, penggunaan tiga kategori kenderaan mikromobiliti itu bagaimanapun dibenarkan di dalam bangunan dan kawasan yang tiada percampuran aliran trafik.

 

Sementara itu Ka Siong berkata, penggunaan basikal, beca dan basikal elektrik adalah dibenarkan namun perlu mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959.

Post a Comment