Hadiahkan Beg Berjenama Hargai Pekerja, Ramai Puji Sifat Pemurah Fazura! – Manis Madu
Hadiahkan Beg Berjenama Hargai Pek

Hadiahkan Beg Berjenama Hargai Pekerja, Ramai Puji Sifat Pemurah Fazura!

Selebriti jelita, Nur Fazura mendapat perhatian warganet selepas dia dilaporkan membawa pekerjanya ke sebuah butik mewah.

 

Difahamkan, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu telah menghadiahkan setiap seorang daripada mereka beg berjenama Coach sebagai tanda penghargaan kepada semua pekerjanya.

 

Rakaman yang dimuat naik di TikTok itu memperlihatkan situasi ketika Fazura sedang membeli belah bersama pekerjanya di butik berkenaan.

@sonichussienFazura juga belanja saya beg 😭! Terima kasih♬ original sound – DJ SONIC HUSSIEN

Fazura dikatakan mengajak mereka ke butik itu dan mengizinkan mereka mengambil apa saja barang tanpa mengira tanda harga yang tertera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memuji sikapnya sebagai majikan yang menghargai pekerja sedemikian rupa.

 

Tidak kurang juga, rata-ratanya turut mendoakan agar Fazura dikurniakan rezeki melimpah ruah dan memuji kerana tidak menunjuk-nunjuk kebaikan di media sosial.

 

“Jual tudung mampu milik, hargai staff beli itu ini. Rakyat Malaysia pun happy nak support dia,” komen seorang netizen.

 

“Macam mana nak minta kerja dengan Fazura? Best dapat majikan macam ni, hargai staff. Terasa dihargai betul dapat macam ni,” komen @_raff35_.

Post a Comment