Dapat Resipi Dari Tauke Karpet Pakistan, Wanita Kongsi Resipi Teh Pakistan ‘Original’! – Manis Madu
Dapat Resipi Dari Tauke Karpet Pakistan, Wanita Kongsi Resipi Teh Pakistan ‘Original’!

Dapat Resipi Dari Tauke Karpet Pakistan, Wanita Kongsi Resipi Teh Pakistan ‘Original’!

Umum mengetahui, Teh daripada negara Pakistan atau India mempunyai rasa yang berbeza kerana memiliki teknik penyediaan yang tersendiri. Rasa dia memang tak sama dengan teh tarik mamak yang kita selalu minum.

 

Resipi original Teh Tarik Pakistan ini dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi di laman Facebook, menerusi group Masak Apa Hari Ni. Menurutnya, resipi tersebut diperoleh daripada tauke karpet Pakistan.

Teh Pakistan (1)

Buat Maduners yang nak cuba untuk minum petang nanti, baca resipi ini dengan teliti tau. Selamat mencuba!

teh 1 (1)

Bahan-bahan:

  • 7 uncang teh wangi ros (koyakkan setiap uncang)
  • Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
  • 50 ml susu segar
  • Susu 1/5 tin (tambah @ kurangkan ikut kuantiti air)
  • Secubit dua garam (untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa)
teh 3 (1)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang. Kacau sesekali.
  2. Tutup api selepas teh betul-betul mendidih. Besarkan api seketika kemudian terus ditutup.
  3. Tapis bahan-bahan tadi dengan penapis teh kain.
  4. Rahsia penting seterusnya! Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.
  5. Siap! Teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya tanpa dicampur gula secara langsung.
teh 2 (1)

Wah, senang jerr nak buat! Maduners kena cuba di rumah ya.

Post a Comment