Isu Sotong Harga Cekik Darah Di Hameediyah, Pelanggan Mohon Maaf Tularkan Tanpa Penjelasan – Manis Madu
Isu Sotong Harga Cekik Darah Di Hameediyah, Pelanggan Mohon Maaf Tularkan Tanpa Penjelasan

Isu Sotong Harga Cekik Darah Di Hameediyah, Pelanggan Mohon Maaf Tularkan Tanpa Penjelasan

Jika sebelum ini hidangan ikan siakap milik sebuah restoran di Langkawi telah menggegarkan negara kerana didakwa terlalu mahal hingga mencecah harga RM1, 000, baru-baru ini hidangan sotong goreng pula menjadi perhatian.

 

Tular di media sosial apabila seorang pelanggan mendakwa dia membeli dua sotong goreng di Restoran Hameediyah, Pulau Pinang dengan harga RM100.

Pelanggan tersebut mendakwa dia hanya memuat naik gambar resit dan sotong goreng berkenaan di IG story tanpa memberi sebarang keterangan tentangnya.

 

Namun, terdapat individu tidak bertanggungjawab telah screenshot IG story itu sebelum menularkannya tanpa kebenaran. Lebih parah, individu itu juga telah berkongsi gambar berkenaan di Facebook dan menanda bersama 70 kenalannya.

 

Walau bagaimanapun, pengusaha restoran nasi kandar, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim telah menerima permohonan maaf daripada pelanggan berkenaan kerana telah menyebarkan berita tanpa keterangan sebenar.

 

Jelasnya, pelanggan itu sudah sedia maklum tentang harga pada paparan skrin ketika mahu membayar dan boleh menukar lauk lain jika tidak bersetuju dengan harga itu.

 

“Pelanggan itu menghantar pesanan mesej kepada saya untuk memberi penjelasan sebenar selain mengaku bahawa dia mengetahui tentang harga hidangan sotong goreng berkenaan,” ujarnya.

 

Pelanggan itu juga memberitahu bahawa dia tidak berniat sama sekali untuk menjatuhkan reputasi restoran tersebut.

 

“Selain itu, pelanggan berkenaan turut meminta saya untuk memuat naik perbualan berkenaan supaya orang ramai mendapat penjelasan sebenar,” tambahnya lagi.

 

Namun, pihak restoran tersebut masih mempertimbangkan sama ada mereka mahu membuat laporan polis ataupun tidak kepada individu yang telah sesuka hati menyebarkan tangkap layar serta memberi keterangan yang tidak benar.

Post a Comment