Boleh Ke Tukar Hadiah Dengan Kawan Sempena Krismas? Ada Yang Cakap Haram? Dengar Penjelasan Mufti Dulu! – Manis Madu
Boleh Ke Tukar Hadiah Dengan Kawan Kawan Sempena Krismas

Boleh Ke Tukar Hadiah Dengan Kawan Sempena Krismas? Ada Yang Cakap Haram? Dengar Penjelasan Mufti Dulu!

Bagi penganut agama Kristian, tarikh 25 Disember merupakan tarikh yang paling dinanti-nanti untuk disambut bersama keluarga dan rakan-rakan.

Hari Natal atau Krismas merupakan sebuah perayaan yang disambut sama seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

 

Namun, setiap tahun Madu perasan, isu sama akan dibangkitkan sesetengah pihak iaitu hukum mengucapkan “Merry Christmas” dan amalan bertukar hadiah sesama rakan-rakan bukan Muslim.

Ada segelintir pihak yang terus menjatuhkan hukum haram tanpa ada alasan yang kukuh!

 

Untuk pengetahuan Maduners, memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan beliau berkata, hukum ucapan tersebut adalah HARUS!

 

Jelas beliau, ucapan serta amalan bertukar hadiah adalah digalakkan sebagai tanda untuk menjaga hubungan baik (muhibbah) sesama masyarakat.

Tapi, mestilah ada syarat-syarat agar ucapan dan amalan tersebut boleh diharuskan. Antaranya adalah ucapan “Merry Christmas” itu perlulah wujud apabila terdapat keperluan dan tidak bertujuan untuk memuliakan agama lain. Hal ini kerana jika diucapkan sekadar suka-suka, dibimbangi boleh menimbulkan fitnah.

 

Jika tentang penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan pula, ia juga dibenarkan tetapi biarlah berpada-pada dan elakkan daripada terlibat dengan majlis yang menghidangkan minuman keras, ‘lagha’ dan sebagainya.

 

Harap lepas ini korang dah tak keliru! Selamat Hari Krismas bagi Maduners dan rakyat Malaysia yang menyambutnya.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment