Dedah Suami Curang, Wanita Dipukul Hingga Maut Sehari Sebelum Aidilfitri – Manis Madu
Dedah Suami Curang, Wanita Dipukul Hingga Maut Sehari Sebelum Aidilfitri

Dedah Suami Curang, Wanita Dipukul Hingga Maut Sehari Sebelum Aidilfitri

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dipercayai dipukul gara-gara mendedahkan kecurangan suaminya dalam kejadian di sebuah rumah flat di Batu 9, Kajang, Ahad lalu.

Menurut Utusan Malaysia, laporan dikeluarkan oleh pegawai perubatan Hospital Kajang membuktikan mangsa dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri ke hospital berkenaan dan kejadian berlaku kira-kira pukul 9.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mangsa dihantar suaminya ke hospital dalam keadaan tidak sedar diri dan kemudian disahkan telah meninggal dunia.

 

Kata beliau, pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati kesan lebam pada beberapa anggota badan mangsa yang mana menimbulkan kecurigaan terhadap faktor kematian dan bertindak melaporkannya kepada polis.

 

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan abdomen disebabkan hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul.

 

“Siasatan dijalankan mendapati mangsa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Kata Zaid lagi, suami si mati yang bekerja sebagai mekanik itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi dakwaan membunuh.

 

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek marah dengan mangsa disebabkan mangsa memuat naik dalam media sosial bahawa suspek mempunyai hubungan sulit.

 

“Kes telah dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan suspek akan dituduh pada 9 Mei ini di Mahkamah Majistret Kajang,” jelasnya.

Post a Comment