Pencinta Kafe Estetik? Meh Sini Tengok Kafe Tawarkan Suasana Unik Yang Instagrammable! – Manis Madu
Pencinta Kafe Estetik_ Meh Sini Tengok Kafe Tawarkan Suasana Unik Yang Instagrammable!

Pencinta Kafe Estetik? Meh Sini Tengok Kafe Tawarkan Suasana Unik Yang Instagrammable!

Sambil minum hot latte bertemankan suasana dan latar belakang yang unik? Yes please! Cafe hopping antara aktiviti yang terkenal dalam kalangan orang muda termasuk Syaz sendiri, berkunjung ke kafe-kafe estetik terkini seakan satu kepuasan, bagus untuk mengisi masa lapang bersama kawan-kawan!

 

Tapi sekarang dah terlalu banyak kafe yang menawarkan suasana, makanan serta minum yang unik untuk orang muda, jadi Syaz nak kongsi dengan korang beberapa kafe yang suasananya unik yang boleh buatkan korang terpegun! Yang penting instagrammable!

5. Planter Chin, Bangsar

Alamat: 6a, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

Syaz masukkan kafe Planter Chin dalam senarai ini kerana ianya membuatkan Syaz sendiri kagum dengan vibe estetiknya yang tersendiri!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Planterchin (@planterchin)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Planterchin (@planterchin)

Dalam lorong kawasan Bangsar yang penuh dengan kafe dan kedai kopi, Planter Chin antara kafe yang agak baharu dan unik, menyerlah dengan ambience yang tersendiri. 

 

Terselit di sebalik pintu sederhana di sebelah Kafe dan Bakeri Lisette, Planter Chin, mempunyai vibe suasana cerah, dipenuhi tumbuhan dan hidangan makan tengah hari yang sedapppppp!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Planterchin (@planterchin)

Rekaan dalaman yang indah di Planter Chin akan buat korang lupa ada perancangan korang seterusnya dah habiskan masa sepanjang hari di kafe itu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Planterchin (@planterchin)

Ohhh! Alang-alang di kafe Planter Chin, korang juga boleh beli sebarang pokok atau tumbuhan yang menarik perhatian korang!

4. Kopi Jiran, Kajang

Alamat: 133, Jalan TKP 2, Taman Kantan Permai, 43000 Kajang, Selangor

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kopi Jiran (@kopi.jiran)

Berkonsepkan kafe di lokasi perumahan dan di kawasan kejiranan memberikan satu nilai estetik yang tenang uolsss! Itu yang ditawarkan Kopi Jiran!

 

Walaupun mungkin tidak glamor seperti kafe-kafe lain di bandar, tetapi vibe di kafe ini boleh buat korang sangat sangat  dialu-alukan! Macam tengah lepak dekat rumah kawan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kopi Jiran (@kopi.jiran)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kopi Jiran (@kopi.jiran)

Gandingkan kopi pilihan korang dengan pastri yang menarik berlatar belakangkan suasana selesa bawah rimbunan pohon-pohon, luvvvvvv!  Angin bertiup sepoi-sepoi lagi! Best!

3. Vernakular Store, Bangsar

Alamat: 33, Jalan Telawi 3, Bangsar, Kuala Lumpur

 

Rasa macam nak beli jam tangan pada masa yang sama nak minum kopi bersama pastri? Korang boleh buat dua perkara ini serentak di Vernakular Store!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vernakular Store (@vernakular_store)

Bukan sekadar kafe – ruang unik di Vernakular Store yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar ini sebenarnya adalah kedai konsep  yang memaparkan pelbagai koleksi jam tangan yang mewah dan eksklusif! 

 

Kalau anda seorang  yang menggemari kopi dan juga merupakan seorang yang mengilai jam tangan, kafe ini untuk korang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vernakular Store (@vernakular_store)

Bahagian dalam kedai memberikan  vibe nyaman kerana dihiasi dengan perabot kayu, kerusi rotan dan permukaan lantai yang dilitupi batu. 

 

Pssssst! Kalau bernasib baik, anda boleh cuba dapatkan tempat duduk di tepi tingkap jika tidak terlalu sesak!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vernakular Store (@vernakular_store)

2. Ono, SS2 PJ

Alamat: 47, Jalan SS 2/30, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

 

Betul-betul vibe minimalis dengan rekaan dalaman Scandinavian-style!

 

Korang yang suka konsep estetik putih bersih dan peminat matcha dan sandos kena masukkan kafe Ono ini dalam senarai wajib datang korang!

Di Ono ini terkenal dengan sandos iaitu sandwhich dari Jepun yang sangat menarik yang ada jenis manis dan juga savoury. Pilihan isi sando seperti  katsu udang yang rangup, strawberi segar, salmon salai buatan sendiri atau tamagoyaki yang gebu! Kecur air liur dengar!

 

Ohhh! Lupa nak cakap yang staff mereka semua good-looking! Bonus point!!

1. Wú Coffee Gallery, Kota Damansara

Alamat: 38-2, Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wú (@wucoffee.gallery)

Kafe dengan tema industrial digabungkan pula makanan dari negara matahari terbit, perfeeeccccct!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wú (@wucoffee.gallery)

Wú Coffee Gallery terkenal dengan ramen pedas mereka yang menjadi bualan hangat mereka yang pernah berkunjung ke kafe ini termasuklah Syaz sendiri, terngiang-ngiang ramen dia uolsss!

 

Semasa pandemik, kafe ini menyajikan pilihan ringkas minuman, pencuci mulut dan hidangan utama, tetapi kini sudah mengembangkan pilihan menu mereka dengan menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wú (@wucoffee.gallery)

Suasana dekat kafe ini memang tenang dan dinding bertemakan industrial build seperti konkrit kelabu dan dinding bata terdedah. Aesthetic you guysss!

 

Dengan 5 pilihan kafe yang unik ini, anda boleh pilih yang menarik perhatian anda tetapi kalau terlalu susah, masukkan semua dalam senarai wajib pergi korang!

Post a Comment