Deko Rumah! Trend Pokok Hiasan Pokok Yang Boleh Anda Pilih!
Sejak akhir-akhir ini memang trend kumpul pokok dalam rumah! Ini dia pokok-pokok yang Maduners boleh cari untuk jadikan hiasan dalam rumah!
#1 Rubber Plant
View this post on Instagram
Pokok ini memang antara yang popular dan juga ada banyak manfaat dia sebab itu Madu masukkan pokok ini dalam senarai.
Antara manfaatnya, pokok ini boleh bersihkan udara dalam rumah dengan cara menyerap karbon dioksida yang banyak sebab daunnya sangat lebar.
Karbon dioksida ini tergolong antara gas yang beracun jika berlebihan. Macam mana pokok ini singkirkan karbon dioksida?
Haa, daunnya yang lebar akan serap karbon dioksida itu dengan lebih banyak dan gas tersebut akan diserap ke akar serta dilepaskan ke dalam tanah dimana pokok itu ditanam.
Jadi, tiadalah gas bertoksik terkumpul banyak di sekeliling kita.
#2 Spider Plant
View this post on Instagram
Dengar nama macam seram tapi jangan risau sebab pokok ini tak ada kena mengena dengan nama dia pun.
Tapi, selain dari cantik pokok ini juga boleh serap lebih dari 90% toksik yang ada dalam udara rumah Maduners. Baguskan? Tak cukup dengan itu, pokok ini juga boleh serap gas-gas yang berbahaya macam Gas Benzene, CO2, Formaldehyde dan Xylene iaitu bahan kimia pada industri kulit, produk getah dan bahan pencetakan.
Banyak sungguh manfaat pokok ini!
#3 Pokok Fig
View this post on Instagram
Nama lain yang biasa orang panggil adalah Ficus Lyrata.
Pokok fig ini sangat popular sebab daun yang sangat cantik yang mana pada daun dia ada macam-macam corak!
Selain tu, sebab daun dia lebar lepas tu nipis, pokok ni tersenarai antara pokok yang paling berkesan untuk bersihkan udara.
Pokok ini senang jerr nak jaga, letakkan je di tempat yang ada cahaya matahari sikit dan satu lagi pastikan daun tu sentiasa dilap dengan kain basah!
#4 Pokok Philodendron
View this post on Instagram
Pokok ini paling Madu suka sebab daun dia sangat cute! Bentuk hati!
Pokok ini paling popular kalau seseorang nak deko rumah dia dengan tema minimalis sebab bentuk daun pokok ini sendiri dah ada tarikan dia tersendiri.
Pokok ini paling senang nak jaga sebab tak perlu siram pun tak perlu sinaran matahari.
Jadi kalau Maduners memang jenis kurang rajin nak jaga, pokok ini yang paling sesuai!
Jadi tunggu apa lagi pergi serang nursery yang terdekat sekarang!