Kecoh Pasal Pengeluaran Simpanan KWSP RM10,000! Tak Sangka Orang Kerja Sendiri Pun Boleh Buat Simpanan – Manis Madu
Kecoh Pasal Pengeluaran Simpanan KWSP RM10,000! Tak Sangka Orang Kerja Sendiri Pun Boleh Buat Simpanan

Kecoh Pasal Pengeluaran Simpanan KWSP RM10,000! Tak Sangka Orang Kerja Sendiri Pun Boleh Buat Simpanan

Sekarang dah masuk tahun ketiga kita bersama Covid-19 dan dalam mengharungi pandemik ini ramai yang dibuang kerja.

 

Lepas dibuang kerja, Syazwan dapat lihat ramai yang ambil keputusan untuk bekerja sendiri! 

 

Bagus, usaha itu tanda kejayaan, lagipun bekerja sendiri banyak juga kelebihan, salah satunya tak perlu layan orang atasan yang banyak kerenah!

 

Tapi rupanya ramai masih tak tahu walaupun bekerja secara sendiri, sebenarnya boleh buka akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan peroleh dividen, sekurang-kurangnya masa dah tua, ada duit walaupun bekerja sendiri! 

 

Untuk maklumat Maduners yang bekerja secara sendiri, anda boleh daftar i-Saraan. Apa i-Saraan ini dan kelebihan?

i-Saraan

i saraan (1)

Haaaa, kalau anda nak tahu Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan atau lebih dikenali sebagai i-Saraan membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.

 

Tak perlu dah nak kerja bawah orang! Kerja sendiri pun boleh buat simpanan untuk masa tua dan dapat dividen!

Manfaat i-Saraan

Yang bagusnya i-Saraan ini, bila anda daftar anda akan menerima 15% caruman dari kerajaan setiap tahunan (maksimum RM250/setahun) yang akan ditambah kepada akaun KWSP anda. 

 

Bukan itu saja, tiga ini juga manfaat untuk i-Saraan:

  • Bantuan kematian RM 2,500 (Tertakluk kepada Terma dan Syarat)
  • Dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Pengecualian cukai

Siapa Layak Mohon?

Pastikan anda semak dahulu kelayakan supaya mudah urusan dan tidaklah kecewa jika pendaftaran gagal sebab tidak memenuhi syarat.

 

Hanya individu yang jatuh dalam 5 kategori ini sahaja yang layak:

  • Warganegara Malaysia
  • Anda mestilah individu yang bekerja sendiri (orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja).
  • Berumur bawah dari 60 tahun
  • Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G(M))
  • Ahli KWSP

Cara Daftar!

Sekarang ini mudah jerr nak daftar, pakai aplikasi boleh ataupun Maduners boleh klik pautan DAFTAR i- saraan ini

  • Pertama sekali, selepas dah masuk ke dalam puatan yang ditekan, Maduners isikan maklumat yang diminta dengan lengkap
  • Kemudian lepas dah daftar, buka mana mana online banking anda
  • Cari ‘EPF Transfer’, then simpan siap siap nombor akaun EPF  tetapkan sebagai favourite untuk mudahkan urusan bulanan!

 

Jadi kesimpulan, anda yang bekerja sendiri dan layak, Syazwan cadangkan cepat-cepat daftar i-Saraan ini sebab akhirnya manfaat duit tersebut untuk diri kita dan ahli keluarga yang tersayang juga! 

 

Semoga mereka yang bekerja sendiri dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan!

Post a Comment