Dibuang Ibu Bapa Ketika Kecil, Wanita Albino Ini Bangkit Dari Kekecewaan
Pengalaman yang menyedihkan itu tidak mungkin dapat dilupakan oleh Xueli namun kulit Xueli yang pucat dan kurang pigmen itu membawa tuah kepada Xueli kerana keunikannya itu diangkat tinggi oleh bidang peragaan di Beijing.
Menurut Harian Metro, pada usianya hanya mencecah 16 tahun, dia sudah menghiasi muka hadapan majalah Vogue dan selepas itu dia diberi kepercayaan oleh ramai pereka fesyen untuk menggayakan baju mereka.
Dijaga oleh keluarga angkat di Belanda sejak berusia 3 tahun, Xueli tidak pernah patah semangat.
View this post on Instagram
“Saya beruntung kerana hanya dibuang orang tua saya walaupun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
“Sedangkan beberapa anak seperti saya dikurung, malah di Afrika, misalnya golongan ini dibunuh dan dikerat anggota badannya untuk membuat ramuan ubat,” ujarnya.
Katanya, dia menceburi bidang peragaan secara tidak sengaja ketika usianya 11 tahun.
“Ibu angkat saya berkawan dengan seorang pereka fesyen dari Hong Kong yang mempunyai anak lelaki berbibir sumbing.
“Dia tekad mereka pakaian sangat mewah untuk anaknya supaya orang tidak hanya melihat kekurangan pada bibirnya saja.
“Dia mempelawa saya memperagakan rekaan terbarunya itu di Hong Kong yang akhirnya menjadi pengalaman luar biasa dan permulaan karier saya,” katanya lagi.
Sejak mendapat sentuhan jurugambar terkenal Brock Elbank, nama Xueli meningkat naik dengan cepat.
“Namun, tidak semudah itu perjalanan karier saya kerana menghidap albino membuatkan penglihatan saya terhad dan boleh melihat antara lapan hingga 10 peratus saja.
“Saya tidak mampu melihat cahaya matahari kerana mata saya akan sakit.
“Kadangkala sesi rakaman gambar tergendala seketika jika cahayanya terlalu terang,” katanya.
View this post on Instagram
Dengan menjadi model, Xueli menganggap bahawa dia boleh menggunakan platform itu untuk menyedarkan orang ramai mengenai albino.
“Saya ingin mengubah dunia. Albino bukan sumpahan, tetapi hanya masalah genetik.
“Saya mahu mereka yang albino atau memiliki kekurangan lain boleh melakukan apa yang mereka inginkan,” katanya.
Sumber Featured Image: Xueli