Dicabul Di Hadapan Anak Berusia 2 Tahun, Wanita Akui Trauma & Rasa Tak Selamat!
Gangguan seksual adalah sesuatu yang mengerikan buat mangsa! Tak kisah lelaki atau wanita, sesiapa sahaja yang menjadi mangsa pasti mengalami impak buruk selepas kejadian.
Baru-baru ini seorang wanita melalui perkongsian di laman Instagram menceritakan detik-detik dia dicabul di hadapan anaknya!
Wanita yang dikenali sebagai Nina itu berkata, kejadian itu berlaku ketika dia baru saja keluar dari sebuah pusat membeli belah.
View this post on Instagram
Difahamkan, ketika itu Nina dan anaknya sudah berada hampir dengan kereta mereka untuk pulang dan dia melihat kelibat seseorang melalui pantulan pada kereta yang berada di hadapannya.
“Saya betul-betul ingat orang itu nak berjalan menuju keretanya tapi dia segera memegang saya dari belakang dan meraba-raba payudara saya,” tulisnya.
View this post on Instagram
Selepas kejadian itu, Nina berkata dia mengambil masa seketika untuk menghadam apa yang sedang berlaku sebelum mula menjerit. Malangnya, tiada sesiapa di tempat kejadian.
Pelaku itu kemudian melepaskannya lalu berjaya melarikan diri.
Menurut Nina, dia menghubungi suaminya dan turut melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan pusat membeli belah itu. Laporan polis juga sudah dibuat.
Nina akui, kejadian itu menjadikan dirinya trauma dan merasa tidak selamat. Tambahnya, kisah ini dikongsik kepada umum bertujuan untuk mengingatkan kepada orang ramai, gangguan seksual adalah jenayah tidak kira samada perbuatan itu kecil atau besar!