Didakwa Buang Satu Bahagian Otak Sebab Selalu Rasa Bimbang & Panik?
Seorang lelaki di Washington yang sebelum ini mengalami kebimbangan, panik dan takut mati yang keterlaluan mendedahkan dia tidak lagi merasa seperti sebelumnya selepas satu pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan satu bahagian pada otaknya.
Sumber Gambar: Daily Star
Lelaki yang dikenali sebagai Jody Smith memaklumkan sebelum ini dia sering mengalami perasaan bimbang, panik dan terlalu takut mati yang sangat melampau.
Menurut laporan Daily Star, pembedahan yang dijalankan bagi membuang satu bahagian pada otak kananya itu bertujuan untuk mengawal tindak balas berkenaan.
Sejak prosedur berkenaan, lelaki berusia 32 tahun itu tidak lagi dibelenggu perasaan takut dan menyatakan itu adalah perasaan yang sangat unik baginya.
“Orang menafsirkan banyak perkara dengan perkataan ‘takut’ sebagai contoh ‘saya takut kepada gadis’ atau ‘saya takut kepada kegagalan’, tetapi ketakutan yang saya alami dan rasakan adalah takut kepada kematian dan kecederaan serius. Itulah ketakutan yang disingkirkan” – Jody Smith
Jody didiagnosis dengan masalah kesihatan termasuk kebimbangan dan panik yang melampau ketika berusia 26 tahun.
Namun, apabila keadaanya semakin kritikal, doktor menasihatinya untuk menjalankan pembedahan.
Kesan daripada pembedahan itu begitu ketara dan sangat membantu.