Diganggu Mickey Mouse, Rupanya Insan Istimewa Di Sebalik Kostum! – Manis Madu
Diganggu Mickey Mouse, Rupanya Insan Istimewa Disebalik Kostum!

Diganggu Mickey Mouse, Rupanya Insan Istimewa Di Sebalik Kostum!

Sejak kedatangan Covid-19 diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai antara kita terpisah daripada keluarga atau pasangan. Berbulan-bulan terpisah dan ada juga yang bertahun tidak bertemu!

 

Namun, setelah kebenaran rentas negeri diumumkan, banyak video yang menyentuh hati dimuat naik di media sosial merakamkan momen mereka bersatu kembali dengan orang tersayang.

 

Begitu juga yang berlaku kepada pasangan ini yang difahamkan sudah hampir setahun terpisah kerana si suami menjalankan tugas.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan seorang wanita berada di sebuah kedai makan bersama beberapa orang rakannya sebelum didatangi seseorang yang memakai kostum Mickey Mouse.

Individu yang berada dalam kostum tersebut beberapa kali ‘mengusik’ wanita itu sebelum menghadiahkan bunga coklat buatnya. Pada awalnya, wanita tersebut sedikit malu namun setelah beberapa kali dipujuk, akhirnya dia mengambil jambangan coklat itu.

mickey 2 (1)

Rupa-rupanya, individu di sebalik kostum Mickey Mouse tersebut adalah suami kepada wanita itu. Selepas menunjukkan wajah, wanita tersebut dilihat tergamam dan tidak menyangka itu adalah suaminya sendiri.

 

Warganet yang menonton video berkenaan juga turut terharu dan tersentuh lebih-lebih lagi ketika pasangan ini saling berpelukan sambil menangis kerana sudah lama terpisah.

Post a Comment