Naib Presiden Argentina Antara Yang Terawal Mendapat Vaksin, Terima Suntikan Pertama Semalam – Manis Madu
Naib Presiden Argentina Mendapat Vaksin, Terima Suntikan Pertama Semalam

Naib Presiden Argentina Antara Yang Terawal Mendapat Vaksin, Terima Suntikan Pertama Semalam

Naib Presiden Argentina, Christina Fernandez de Kirchner, 67, dilaporkan telah menerima dos pertama vaksin Sputnik V buatan Rusia.

 

Bekas presiden dua kali itu menerima suntikan vaksin di Hospital Presiden Peron di Avellaneda, Buenos Aires.

Menurut posting yang dimuat naik Fernandez de Kirchner di laman Twitternya, beliau berkata mengambil vaksin pertama itu bermaksud beliau tidak hanya menjaga dirinya sendiri tetapi juga menjaga orang lain.

 

Bermula bulan lalu, pekerja kesihatan diberi keutamaan dalam menerima imunisasi ketika fasa petama kempen vaksinasi Argentina dilaksanakan.

 

Selain itu, antara yang awal mendapat vaksin tersebut termasuk anggota pasukan keselamatan, mereka yang mempunyai penyakit kronik, guru dan individu yang berusia lebih dari 60 tahun.

Post a Comment