Digelar ‘Pinocchio’ Kerana Hidung Pelik, Wanita Kongsi Sering Dibuli – Manis Madu
Digelar ‘Pinocchio’ Kerana Hidung Pelik, Wanita Kongsi Sering Dibuli

Digelar ‘Pinocchio’ Kerana Hidung Pelik, Wanita Kongsi Sering Dibuli

Menurut mStar, wanita itu menghidap penyakit yang dipanggil hemangioma yang menyebabkan keradangan pada salur darah namun bukan kanser.

 

Beliau menghidapi penyakit ini sejak lahir.

 

Laudiane Fernandes dari Alagoas Brazil sering menghabiskan masa kecilnya keluar masuk hospital sebelum dia disahkan menghidap penyakit itu pada usia 16 tahun.

 

“Sepanjang hidup saya, saya telah berdepan dengan lapan pembedahan dan yang terakhir percubaan doktor untuk menyambung kulit ke hidung saya telah gagal dan menyebabkan jangkitan akhirnya saya kehilangan sebahagian hidung saya,’ katanya.

 

Bagi membetulkan hidung yang rosak, doktor tiada pilihan lain selain memotong sebahagian pipi untuk disambung pada hidungnya.

 

Sejak itu, dia selalu diganggu di sekolah dan ia amat menyakitkan namun Laudiane menganggap itu sebagai pembakar semangat untuk terus hidup dan sentiasa positif.

 

Sumber Gambar : whatsnew2day

Post a Comment