Seram! Sekumpulan Gadis ‘Diganggu’ Ketika Jalani Penggambaran Koleksi Baju Raya – Manis Madu
Seram! Sekumpulan Gadis ‘Diganggu’ Ketika Jalani Penggambaran Koleksi Baju Raya

Seram! Sekumpulan Gadis ‘Diganggu’ Ketika Jalani Penggambaran Koleksi Baju Raya

Jangan terkejut, rupanya dalam bulan puasa macam ini pun ada gangguan makhluk halus!

 

Tular di laman TikTok apabila seorang gadis memuat naik aktiviti ketika dia dan rakan-rakannya sedang menjalani penggambaran koleksi baju raya untuk dijual.

@desheerinaaaatbh until now i still kaget waknat

♬ original sound – sheerinaaaaa

Menerusi video berkenaan, ketika sesi penggambaran itu berlangsung secara tiba-tiba kedengaran bunyi seperti ketukan di tingkap atau guli yang sangat kuat dan berterusan.

 

Awalnya mereka cuba menghiraukan ‘gangguan’ berkenaan dan meneruskan kerja seperti tiada apa-apa berlaku namun semakin menjadi-jadi gangguan yang diterima.

 

“Time ni dah pukul 2.45 pagi and kitorang dah start takut,” tulis gadis itu dalam videonya.

 

Setelah merasa semakin tertekan dengan gangguan itu, mereka cuba meredakan keadaan dengan memasang ayat-ayat suci dengan kuat dalam rumah berkenaan.

 

“Sebenarnya lepas I mula pasang surah, kitorang dengar bunyi tapak kaki macam berlari dekat tangga pulak,” ujarnya.

 

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus keluar dari rumah berkenaan dan duduk di dalam kereta hingga jam 7 pagi meskipun masih banyak kerja mereka yang belum selesai.

Post a Comment