Diperlekeh Jenama Nike Kerana Mengandung, Allyson Felix Bina Empayar Sendiri – Manis Madu
Diperlekeh Jenama Nike Kerana Mengandung, Allyson Felix Bina Empayar Sendiri

Diperlekeh Jenama Nike Kerana Mengandung, Allyson Felix Bina Empayar Sendiri

Atlet olahraga Amerika Syarikat, Allyson Felix, nekad membina empayar sendiri setelah ‘diperlekeh’ pengurusan Nike berhubung diskriminasi yang diterima setelah dia mengandung dan memiliki anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Allyson Felix (@allysonfelix)

Allyson Felix dikatakan terpaksa ‘bergaduh’ dengan Nike bagi mengekalkan bayaran tajaan asalnya yang sudah dipotong sebanyak 70% selepas menjadi seorang ibu. 

 

Difahamkan, klausa kontrak yang disediakan oleh Nike kepada para atlet wanita adalah mereka boleh menarik tajaan sekiranya atlet tersebut mengandung dengan alasan kemampuan atlet tersebut akan merudum jika mengandung.

 

Kejayaan Felix memenangi pingat emas dalam acara 4×4 balapan campuran dalam World Athletics Championships di Qatar selepas bersalin membuatkan wanita ini lantang mempertahankan haknya sebagai seorang atlet wanita yang ditindas hanya kerana statusnya sebagai seorang ibu.

 

Namun, pihak Nike tidak mempedulikan perkara itu dan berkata kepada Felix supaya sedar diri dan tahu di mana tempatnya.

 

“Saya diberitahu untuk tahu tempat saya. Pelari harusnya hanya berlari, itu sahaja urusannya,”

 

Rentetan daripada itu, Felix nekad untuk melancarkan jenamanya sendiri, Saysh, jenama kasut sukan untuk wanita. Menariknya, rekaan kasut tersebut dirancang dan direka oleh bekas pekerja Nike yang membantunya dalam pengeluaran kasut pertama syarikat Saysh One.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Allyson Felix (@allysonfelix)

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Felix memuatnaik beberapa gambar serta video pengenalan jenamanya. Dalam video berkenaan, memperlihatkan dirinya dan memfokuskan kepada parut selepas bersalin pada bahagian bawah perutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Allyson Felix (@allysonfelix)

Gambaran tersebut dipercayai menandakan perkara itu (mengandung dan bersalin) tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh pihak penganjur untuk menindas para atlet wanita dengan cara tidak membenarkan mereka mengandung dan menghukum mereka jika perkara itu berlaku. 

 

Felix membuat kemunculan pertama memakai kasut jenamanya dalam acara 400 meter wanita dalam kejohanan Olimpik di Tokyo baru-baru ini.

Post a Comment