e-Belia ‘Trending’ Di Twitter, Bantuan Kerajaan Yang Dinanti-Nanti Para Pelajar
Bantuan kerajaan yang dinantikan oleh para pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan belia iaitu e-Belia ‘trending’ di laman Twitter baru-baru ini.
Bantuan sebanyak RM150 yang diberikan oleh kerajaan khususnya kepada belia di negara ini boleh dituntut bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021. Ia boleh dituntut di mana-mana aplikasi e-tunai seperti ShopeePay, Touch ‘n Go eWallet, BigPay dan juga Boost.
Menurut Sinar Harian, program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program tersebut dijangka memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta.
“Program e-Belia merupakan inisiatif Belanjawan 2021 yang ditambah baik melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang mana nilai kredit telah ditingkatkan dari RM100 ke RM150 bagi setiap penerima.
“Ini akan dipadankan oleh penyedia e-dompet melalui pelbagai inisiatif tambahan seperti baucar, pulangan tunai (cashback) dan mata ganjaran (reward points).
“Program ini juga turut mendorong perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) untuk mula menerima kaedah pembayaran tanpa tunai,” katanya.
Belia berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program e-Belia menerusi perkongsian Facebook Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Selasa.
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.