Eh! Takkan Nak Duduk Diam Jerr Merdeka Tahun Ini! Idea Sempoi Giler Untuk Korang Sambut Merdeka Tahun Ini – Manis Madu

Eh! Takkan Nak Duduk Diam Jerr Merdeka Tahun Ini! Idea Sempoi Giler Untuk Korang Sambut Merdeka Tahun Ini

Merdeka tahun ini, nak sambut macam mana? Yelakan, walaupun kes Covid-19 terkawal, kita masih kena berjaga-jaga dan elakkan berkumpul ramai-ramai.

 

Jadi, Yaya excited nak kongsi dengan Maduners beberapa idea seronok untuk Maduners luangkan masa dengan yang tersayang menyambut bulan Merdeka yang ke-63 tahun ini!

Shopping Sakan!

Tipulah kalau ada Maduners yang tak gemar membeli-belah! Semua orang pun tahu, menjelang bulan Ogos, confirm banyak butik pakaian yang mengadakan Merdeka Sales. Inilah masanya untuk Maduners manjakan diri dengan self-treat!

Kalau nak bagi twist sikit, cuba buat cabaran membeli outfit untuk Merdeka! Sama ada beraspirasikan warna-warna Jalur Gemilang, ataupun menggayakan batik Malaysia.

Makan Sampai Pengsan

Bukan butik-butik pakaian jer ada promosi, kedai-kedai makan pun ada! Yaya nampak kebanyakan restoran sekarang mengeluarkan produk atau makanan baru yang berasaskan elemen yang akan mengingati rakyat tentang negara kita sendiri.

Cempedak, cendol, teh tarik, dan banyak lagi idea unik yang dijadikan makanan sedap-sedap!

Netflix dan Santai

Biasa dengar orang barat cakap “Netflix & Chill”, sampai kita pun terikut. Kalau ada masa senggang, Maduners boleh throwback filem-filem lama yang semakin jarang ditayangkan. Keliru nak mulakan dengan filem apa? Klik sahaja link INI.

Cuti-Cuti Malaysia

Jangan sesekali cakap Malaysia tiada tempat menarik untuk bercuti! Mustahil untuk bosan dengan keindahan tanah air kita. Nak pergi ke pantai? Nak mengembara? Nak memancing? Semua ada dalam negara kita, tinggal nak pergi sahaja!

Karok Habis-habisan

~Tanggal, 31

Bulan lapan, lima puluh tujuh

Merdeka! Merdeka!

Tetaplah Merdeka

Ia pasti, menjadi sejarah~

 

Automatik teruja bila dengar lagu bertemakan merdeka. Semangat membuak-buak! Apa lagi, dalam bulan merdeka ini, kita karaokelah lagu-lagu untuk meningkatkan semangat patriotik. Tapi jangan sampai jiran sebelah complain pula.

Make-up Ala-Ala Model!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝒟𝒾𝓏𝑒𝓎𝒶𝓏𝒾𝒹 (official) (@dizeyazid) on

Untuk semua make-up enthusiasts, inilah masanya untuk anda serlahkan bakatmu! Bukan senang nak buat solekan yang menggunakan warna-warna terang. Kalau yang berjaya lakukan Merdeka look, korang memang terbaik!

Semoga bulan kemerdekaan tahun 2020 ini menjadi yang paling bermakna untuk semua Maduners! Kita cuba sambut lain daripada yang lain.

Post a Comment