Penyanyi Nurul Wahab Luah Rasa Geram! Masih Ramai Tidak Faham Dengan SOP – Manis Madu
Penyanyi Nurul Wahab Luah Rasa Geram! Masih Ramai Tidak Faham Dengan SOP

Penyanyi Nurul Wahab Luah Rasa Geram! Masih Ramai Tidak Faham Dengan SOP

Segelintir manusia masih lagi tidak mengendahkan Prosedur Operasi Stadard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengatasi penularan wabak Covid-19.

 

Baru-baru ini penyanyi terkenal iaitu Nurul Wahab meluahkan rasa geram dengan sesetengah sikap individu yang sewenang-sewenangnya merentas negeri tanpa sebab yang munasabah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Menurut Nurul, individu dari Perak itu memaklumkan kepadanya menerusi kiriman mesej dan ingin berjumpa bagi berbincang mengenai program diet yang dikelolakannya.

 

“ Saya dapat satu mesej dari seorang hamba Allah ni. Tapi saya tak nak cakap siapa sebab takut mengaibkan. Dia mesej saya kata nak datang Kuala Lumpur kalau boleh jumpa dan nak terang tentang diva kurus” – Nurul

 

Melihat kepada mesej berikut, penyanyi terkenal ini bagaimanapun mempersoalkan tentang kefahaman rakyat Malaysia berkenaan SOP yang dijalankan dan berkaitan dengan kebenaran merentas negeri.

 

“ Saya nak tanya, apa fahaman rakyat Malaysia tentang SOP PKP? Tentang tidak boleh merentas negeri, tentang tak boleh keluar kalau tak ada apa-apa kecuali pergi beli keperluan harian” – Nurul

 

Video berkenaan menjelaskan Nurul sangat hairan bagaimana masih ada individu yang boleh merentas negeri dengan menaiki bas dari Perak ke Kuala Lumpur.

 

Menurutnya, dia mula menjadi marah apabila masih ada segelintir yang ternyata tidak faham mengenai SOP yang dijalankan.

 

Nurul juga sempat menegaskan bahawa hanya 10 kilometer radius sahaja yang dibenarkan untuk membeli barangan harian dan virus ini ada di udara.

 

“Benda ni kita berperang dengan benda yang sangat halus dan bukan manusia. Mulut ni boleh cakap berbuih-buih jangan keluar rumah tapi ada juga orang yang salah faham” – Nurul

 

Nurul memberitahu dia sendiri pun tidak keluar rumah dan tidak mahu berjumpa dengan orang lain kerana patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).

 

Video yang dimuat naik sehingga kini hampir mencecah 50,000 tontonan.

Post a Comment