Elliot Page Buang Payudara, Akui Jadi Lelaki Adalah Penyelamat Buatnya – Manis Madu
Elliot Page Buang Payudara, Akui Jadi Lelaki Adalah Penyelamat Buatnya

Elliot Page Buang Payudara, Akui Jadi Lelaki Adalah Penyelamat Buatnya

Pelakon Elliot Page, 34, kini sudah membuang payudaranya selepas memutuskan untuk menjadi transgender dan menukar jantina kepada lelaki.

 

Bintang siri The Umbrella Academy itu berkongsi gambar terbarunya tanpa baju dengan tubuh yang lebih ‘lelaki’ dan mendapat kata-kata positif daripada ramai pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elliotpage

Ini termasuk daripada rakan selebriti seperti Miley Cyrus, Nina Dobrev, Justin Cromwell, Justin Min dan ramai lagi.

 

Menurut CNN, Page juga membuat pengakuan dalam program The Oprah Conversation bersama hos Oprah Winfrey mengenai perubahan drastik dirinya.

 

Katanya, itu adalah keputusan terbaik pernah dilakukan dan Page mengakui dia kini jauh lebih yakin dan selesa dengan penampilannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elliotpage

Katanya, dia sangat gembira dengan dirinya yang baharu setiap kali melihat cermin.

 

“Saya cuma mahu kongsikan kepada semua betapa perubahan ini sangat besar dalam hidup saya. Bukan saja berubah, sebaliknya keputusan ini adalah penyelamat buat diri saya,” katanya.

 

Hujung tahun lalu, Page atau nama asalnya Ellen Page mengejutkan dunia apabila mendedahkan dia memilih bergelar transgender selepas menukar jantina menjadi seorang lelaki.

 

Dia membuat pengumuman itu di Instagram dengan menggantikan namanya daripada Ellen Page kepada Elliot Page.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ellen Page (@__ellenpage)

Menurutnya, dia sangat bangga berkongsi berita itu tak sangka dia mampu sampai ke tahap itu dalam hidupnya.

Post a Comment