Emma Watson Tak Kenang Budi JK Rowling? – Manis Madu
Emma Watson Tak Kenang Budi JK Rowling_

Emma Watson Tak Kenang Budi JK Rowling?

Pelakon Emma Watson, 31, didakwa mengambil kesempatan dengan penampilannya di pentas Anugerah Akademi Filem British (BAFTA) 2022 untuk menyindir penulis Harry Potter, JK Rowling.

 

Watson yang hadir sebagai penyampai trofi dikatakan menggunakan kesempatan itu untuk menegaskan pendiriannya yang membela golongan transgender selepas Rowling lantang menentangnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scott Garfitt (@scottgarfitt)

Dalam acara itu, pelakon Rebel Wilson mempersilakan Watson naik ke pentas dalam nada berjenaka.

 

“Penyampai anugerah seterusnya adalah Emma Watson. Dia memanggil dirinya feminis, tapi kita semua tahu dia adalah ahli sihir,” katanya.

 

Watson kemudian membalas ucapan pengenalan Wilson itu dengan nada seakan-akan ditujukan kepada Rowling.

 

“Saya di sini mewakili semua ahli sihir,” katanya.

 

Walaupun dia mendapat sorakan daripada penonton di BAFTA, namun lain pula jadinya di media sosial. Ramai mempersoalkan tindakannya yang disifatkan tidak mengenang budi Rowling.

Rata-ratanya berkata, Watson tidak mungkin berjaya ke tahap sekarang tanpa bantuan Rowling apabila mencipta nama menerusi watak Hermione Grainger dalam siri filem fenomena dunia, Harry Potter.

 

Baru-baru ini, penulis terkenal itu mengkritik dan menolak kenyataan ahli politik, Keir Starmer bahawa wanita transgender termasuk dalam kategori wanita. Ia bagi memperjuangkan isu kesamarataan.

Post a Comment