Netizen Malaysia Rela ‘Sesat’ Di Thailand Demi Siasat Kes Tangmo – Manis Madu
Netizen Malaysia Rela ‘Sesat’ Di Thailand Demi Siasat Kes Tangmo

Netizen Malaysia Rela ‘Sesat’ Di Thailand Demi Siasat Kes Tangmo

Insiden kematian pelakon popular Thailand, Nida Tangmo Patcharaveerapong yang mayatnya ditemui terapung dalam Sungai Chao Phraya bukan sahaja hangat diperkatakan di bumi Gajah Putih sebaliknya turut mencuri tumpuan rakyat negara ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @melonp.official

Berdasarkan tinjauan di beberapa platform media sosial termasuk aplikasi Tiktok, netizen Malaysia dilihat terus cuba merungkai misteri kematian itu menerusi pelbagai teori yang diwujudkan.

 

Difahamkan, tindakan itu sebagai tanda solidariti netizen Malaysia terhadap kematian pelakon cantik terbabit selain mahukan pembelaan wajar diputuskan kerajaan Thailand terhadap insiden tersebut.

 

Menerusi video Tiktok dimuat naik individu bernama Yuyueaziz, dia mengucapkan terima kasih kepada netizen Malaysia kerana membantu memberi pembelaan kepada kematian Tangmo.

“Tahniah netizen Malaysia yang tidak bergaji, pasal kalian, pihak polis Thailand semak balik video-video bukti, kalian memang hebat,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, rata-rata netizen Malaysia turut memberi reaksi kepada video tersebut dengan menyifatkan perjuangan itu sebagai satu semangat serumpun.

 

“Bukan setakat Malaysia sahaja, Indonesia pun sama, kitakan satu rumpun,” kata Usernamebaikhati.

 

“Jangan main-main dengan netizen Malaysia, Israel pun boleh koyak dibuatnya, ini pula kes macam ini,” jelas Ummie Wawa.

 

Sebelum ini, netizen Malaysia pernah menggemparkan dunia apabila bertindak mengecam tindakan Israel menggunakan #IsraelKoyak hingga menyebabkan ia menjadi sohor dengan lebih 43 ribu kali ciapan.

Post a Comment