Emma Watson Tidak Profesional? Pengarah Akhirnya Buka Mulut!
Selebriti terkenal, Emma Watson baru-baru ini dikaitkan dengan satu tuduhan kononnya dia bersikap tidak profesional kerana meinggalkan set penggambaran filem This Is The End pada tahun 2013.
View this post on Instagram
Menerusi laporan NME, ampil menjelaskan situasi sebenar, pengarah Seth Rogen menafikan tuduhan berkenaan dan berkata, Emma tidak melarikan diri sebaliknya meninggalkan set kerana menolak melakonkan satu babak yang tiada dalam skrip awal.
“Emma Watson tak lari dari lokasi penggambaran… itu adalah hal terburuk rasanya jika Emma ada melakukannya.
“Adegan yang diminta itu tidak ditulis dalam skrip dan ditambah secara tiba-tiba, jadi Emma tidak bersetuju,” ujarnya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Seth Rogen meluahkan rasa kesal dengan tuduhan itu kerana insiden lapan tahun lalu ini berkemungkinan menjejaskan hubungan antara mereka.
“Tuduhan mengatakan dia tidak profesional adalah satu pembohongan besar,” katanya yang turut memaklumkan sudah membuat permohonan maaf kepada Emma.