Lupa Diberitahu Pintu Tak Berkunci, Petugas Zoo Maut ‘Dibunuh’ Harimau – Manis Madu
Lupa Diberitahu Pintu Tak Berkunci, Petugas Zoo Maut ‘Dibunuh’ Harimau

Lupa Diberitahu Pintu Tak Berkunci, Petugas Zoo Maut ‘Dibunuh’ Harimau

Kerjaya sebagai seorang petugas zoo sememangnya berat dan berisiko. 

 

Kemahiran untuk menguruskan haiwan liar dan ‘pembunuh’ perlu dikuasai sebaiknya.

 

Namun, malang tidak berbau buat seorang gadis muda yang bekerja sebagai petugas zoo apabila dia maut dibaham seekor harimau dalam kejadian yang berlaku di Chile, Amerika Selatan, Jumaat lalu.

 

Kejadian malang yang menimpa Catalina Torres Ibarra, 21, dipercayai kerana rakan sekerja yang lupa memberi amaran bahawa sangkar masih belum dikunci, lapor Daily Star.

Catalina Torres Ibarra, 21 was killed by a tiger at a safari park in Chile as she worked in an enclosure

Mangsa ketika itu tidak menyedari pintu sangkar yang tidak dikunci lantas melakukan kerja pembersihan seperti biasa.

 

Rentetan itu, mangsa diserang dan cedera parah pada bahagian leher sebelum ditemui mati di tempat kejadian.

 

Menurut Pengurus Kewangan Zoo, Antonio Rojas, dia mendakwa tindakan kumpulan pekerja berkenaan membuka kunci sangkar merupakan satu kesalahan yang melanggar protokol.

 

Walau bagaimanapun, para pekerja mendakwa sangkar sememangnya berada dalam keadaan tidak dikunci ketika kejadian itu terjadi.

 

Sumber Gambar: Daily Star

Post a Comment