Wanita Ditangkap! Enggan Pulangkan Wang RM4.9 Juta Tersilap Dimasukkan Dalam Akaun Banknya – Manis Madu
Enggan Pulangkan Wang RM4.9 Juta Tersilap Dimasukkan Dalam Akaun Banknya

Wanita Ditangkap! Enggan Pulangkan Wang RM4.9 Juta Tersilap Dimasukkan Dalam Akaun Banknya

Seorang wanita didakwa atas tuduhan melakukan pencurian ekoran enggan mengembalikan wang berjumlah £870,000 (RM4.9 juta) yang tersilap dimasukkan ke dalam akaun banknya, lapor Daily Star.

 

Kelyn Spadoni, 33, ditangkap di New Orleans, Louisiana pada Rabu atas tuduhan kecurian bernilai lebih daripada $25,000 (RM103,300), penipuan bank serta pemindahan wang secara haram.

 

Lebih mengejutkan, Spadoni dikatakan membelanjakan wang berkenaan untuk membeli rumah dan kereta baru berbanding memulangkannya.

 

Selepas ditangkap, Spadoni turut dipecat daripada pekerjaannya.

 

Menurut kenyataan pihak polis, berlaku kesilapan di bahagian kerani menyebabkan syarikat perkhidmatan kewangan Charles Schwab memasukkan £870,000 ke dalam akaun Spadoni pada Februari lalu.

 

Nilai sebenar wang yang sepatutnya dipindahkan ke dalam akaun Spadoni hanya berjumlah £60 (RM341).

 

Pihak syarikat dipercayai telah beberapa kali cuba menghubungi Spadoni bertujuan memintanya memindahkan kembali wang yang telah tersalah dimasukkan berkenaan namun tidak berjaya. Spadoni telah terlebih dahulu memindahkan wang berkenaan ke dalam akaun lain selain membelanjakannya.

Sumber Gambar: dailystar.co.uk

Post a Comment