Frontliners Penat, DG Hisham Tak Putus Semangat – Manis Madu
Frontliners Penat, DG Hisham Tak Putus Semangat

Frontliners Penat, DG Hisham Tak Putus Semangat

Demikianlah keluhan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook rasminya apabila jumlah kes aktif di Malaysia sudah mencecah 78, 017 kes semalam.

Semalam, negara mencatatkan jumlah kes unit rawatan rapi (ICU) tertinggi dalam sejarah iaitu seramai 846 orang dan 419 memerlukan alat bantuan pernafasan. 

 

Pada 30 Mei, negara mencatatkan kes harian sebanyak 6,999 kes iaitu terdapat sedikit penurunan dari hari sebelumnya.

 

Melalui hantaran di Facebooknya itu, beliau meminta agar semua rakyat Malaysia berusaha dan memainkan peranan masing-masing dalam berdepan dengan wabak Covid-19 ini.

 

Ujarnya lagi, pihak petugas barisan hadapan sudah keletihan namun tidak akan sesekali menyerah kalah dan akan terus memerangi wabak ini.

 

Rata-rata yang memberi komen kepada hantaran tersebut menyatakan hasrat agar pemberian vaksin terus dipercepatkan supaya “herd immunity” dapat dicapai dalam waktu yang singkat.

 

Keadaan sekarang membuktikan melindungi diri sendiri dan keluarga yang perlu diutamakan.

Post a Comment