Gadis Dedah Nama Unik Rakan, Ruangan Komen Pula Macam ‘Reunion’ – Manis Madu
Gadis Dedah Nama Unik Rakan, Ruangan Komen Pula Macam Reunion

Gadis Dedah Nama Unik Rakan, Ruangan Komen Pula Macam ‘Reunion’

Melalui peredaran zaman, nama seseorang individu juga semakin canggih dan moden. Tidak keterlaluan Madu katakan, ibu bapa moden sekarang berlumba-lumba memberi nama yang sehabis unik untuk anak-anak mereka.

 

Begitu juga seperti perkongsian seorang pengguna Twitter tentang keunikan nama rakannya.

 

Melalui ciapan berkenaan, pengguna Twitter yang dikenali sebagai @mayom__ berkongsi bahawa dia tidak menyangka rakannya yang selama ini dipanggil Belle ternyata memiliki nama yang unik dan tidak disangka-sangka.

“Selama ni panggil Belle ingatkan full name Nabila. Sekali engko haaa nahh gasak bakal suami ni akad nikah nanti,” tulisnya.

 

Ciapan tersebut juga disertakan bersama gambar lesen memandu yang memaparkan nama rakannya itu.

 

Dia juga turut memuat naik video menunjukkan bagaimana untuk menyebut nama ‘Badjie Xatieqoutieqc’ dengan betul daripada tuan badan sendiri.

Apa yang melucukan, terdapat beberapa komen daripada warganet yang mengaku mempunyai rakan dengan nama yang seakan-akan sama dan bertanya adakah mempunyai pertalian darah dengan Badjie.

 

“Ada senior I dulu nama dia Badjie Xitaqullah, adakah adik-beradik? Dia dekat Oman sekarang,”

Badjie Xatieqoutieqc_SS_1

“Haa ye betul, dorang adik-beradik” tulis @mayom___ membalas pertanyaan tersebut.

 

Perkongsian tersebut lebih tambah mencuit hati warganet selepas mengetahui gadis tersebut memiliki adik-beradik dengan nama yang sama unik.

 

“Hahahaha, tengok sekali dah best tweet ni, baca reply lagi gelak aku. Berderet orang berkawan dengan adik beradik dorang dan ingat sebab nama dorang macam tu,”

Badjie Xatieqoutieqc_SS_2

Betul juga, dah macam reunion dekat ruangan komen! Terhibur Madu baca. 

 

Melihat komen lainnya, ternyata Badjie memiliki adik-beradik seramai 7 orang dengan nama unik yang lebih kurang sama.

 

“Dulu pernah buat story pasal adik-beradik Badjie (saya kawan Xaebcourieyien). Kemain ramai reply masa tu,”

Badjie Xatieqoutieqc_SS_3
Badjie Xatieqoutieqc_SS_4

Ramai rupanya adik-beradik Badjie! Tidak hairan ramai yang mengaku rakan di ruangan komen.

 

Perkongsian tersebut telah diulang ciap sebanyak 10.6k serta mendapat 17.3k tanda suka.

Post a Comment