Gadis Ini Buktikan Berbadan Besar Bukan Penghalang Diri Bergelar Model! – Manis Madu
Nur Eima Haqimah Buktikan Berbadan Besar Bukan Penghalang Diri Bergelar Model

Gadis Ini Buktikan Berbadan Besar Bukan Penghalang Diri Bergelar Model!

Langsing, tinggi, bergaya…..ketiga-tiga ciri yang disebutkan adalah pakej yang perlu ada bagi seseorang wanita untuk bergelar model. Bila sebut model, kriteria-kriteria yang disebut tadi terbayang di minda.

 

Namun, di zaman ini kelayakan itu sudah tidak lagi boleh digunapakai kerana mereka yang berbadan besar juga sedang mendapat tempat dalam lapangan kerja itu.

 

Perkongsian daripada Nur Eima Haqimah Mohd Safuan, 29, yang sudah berkecimpung sebagai model sambilan selama empat tahun berkata, kerjayanya itu muncul tanpa diduga dan diibaratkan sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E I M A S A F U A N (@eimasafuan)

“Saya mula buat freelance sebagai plus size model sekitar empat tahun lepas sehingga sekarang.

 

“Masa itu saya pergi beli baju di satu butik, tiba-tiba pihak butik dekati saya dan ajak casting. Dari situ saya mula ikuti photoshoot dan orang mula lihat dan sedar mengenai saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E I M A S A F U A N (@eimasafuan)

Bagi wanita yang mesra disapa Eima ini, dia juga mula berminat dengan fesyen kerana baginya fesyen membantu untuk meningkatkan keyakinan diri.

 

“Fesyen membantu untuk tingkatkan keyakinan. Kalau selekeh, rasa tak semangat nak buat kerja. Bila orang tegur, orang puji…automatik jadi gembira. Yang penting kena sayang diri sendiri.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E I M A S A F U A N (@eimasafuan)

Eima juga menegaskan bahawa dia sudah tidak ambil peduli dengan isu body shaming yang menurutnya tiada berkesudahan dan lebih selesa menjadi diri sendiri.

 

“Saya memang semulajadi berbadan besar, sejak kecil lagi. Body shaming tu sampai sekarang pun ada. Bagi saya ia terpulanglah kepada mulut mereka.

 

“Dulu rasa down, tapi sekarang dah sayang diri, yakin dengan diri sendiri…saya tak kisah,” ujarnya.

 

Terbaik, yang penting yakin dan sayangi diri sendiri kan?

Post a Comment