Memang Gila! Lagu ‘Gila’ Nyanyian Kaka Azraff, Noki & Loca B Bergelar Juara AJL35 – Manis Madu
Lagu Gila Nyanyian Kaka Azraff, Noki & Loca B Bergelar Juara AJL35

Memang Gila! Lagu ‘Gila’ Nyanyian Kaka Azraff, Noki & Loca B Bergelar Juara AJL35

Tahniah! Lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B telah diumumkan sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang telah disiarkan secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Kaka Azraff, Noki dan Loca B

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

 

Naib juara pula milik penyanyi Aina Abdul dengan lagu Semalam membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Aina Abdul

Manakala penyandang tempat ketiga adalah Jamal Abdillah dan Wany Hasrita dengan lagu dendangan mereka, Belenggu Rindu yang membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Jamal Abdillah dan Wany Hasrita

Seperti menepati ramalan, Ernie Zakri dinobatkan sebagai Vokal Terbaik menerusi lagu Gundah dan Persembahan Terbaik dimenangi lagu Eh! Nyanyian Zizi Kirana.

Ernie Zakri
Zizi Kirana

Acara penuh berprestij tersebut turut diserikan dengan persembahan Ratu Rock, Ella bersama Naim Daniel dan Yonnyboii, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju serta ramai lagi.

 

AJL35 yang disiarkan secara langsung di TV3 itu dihoskan pengacara Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Husaini dalam suasana norma baharu tanpa penonton berikutan wabak pandemik Covid-19.

 

Sumber Featured Image & Gambar: TV3 Malaysia 

Post a Comment