Nur Khawla Soleha, Nama Puteri Sulung Ernie & Syamel – Manis Madu
Nur Khawla Soleha, Nama Puteri Sulung Ernie & Syamel

Nur Khawla Soleha, Nama Puteri Sulung Ernie & Syamel

Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri, dan suami tercinta yang juga penyanyi terkenal, Syamel menamakan cahaya mata sulung mereka sebagai Nur Khawla Soleha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

Perkara tersebut dikongsikan platun lagu Gundah itu menerusi entri Instagram miliknya.

 

Dalam pada itu, dia turut menitipkan harapan agar bayinya itu menjadi seorang anak yang solehah dan sentiasa diberkati Allah.

 

“Assalamualaikum. Selamat datang ke dunia, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah,” coretnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Sehubungan dengan itu, rata-rata peminat dan rakan artis pasangan Ernie dan Syamel mengucapkan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat Khawla.

 

Menjengah di entri Instagram Syamel, penyanyi lagu Lebih Sempurna itu juga ada berkongsi perkara yang sama.

 

Pasangan selebriti merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 Mac tahun lalu, di Masjid Puncak Alam, Selangor.

 

Ernie dan Syamel selamat menimang cahaya mata sulung  pada 22 Februari lepas, sekitar pukul 10.14 pagi.

Post a Comment