Gelagat ‘Abang Roti’ Layan Kanak-Kanak Main Badminton Curi Tumpuan – Manis Madu
Gelagat Abang Roti Layan Kanak-Kana

Gelagat ‘Abang Roti’ Layan Kanak-Kanak Main Badminton Curi Tumpuan

Individu yang menjual roti dan jajan menarik menggunakan motosikal sinonim dengan gelaran ‘babu’. Kehadiran mereka membawa kebahagiaan kerana sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur.

 

Baru-baru ini sebuah rakaman gelagat seorang penjual roti bermain badminton dengan kanak-kanak di TikTok mencuri tumpuan warganet.

 

Menerusi video yang dirakam dan dimuat naik oleh seorang pemuda bernama Adam, kelihatan dia sedang menunggu di luar rumahnya untuk membeli roti daripada babu itu.

Namun, apa yang membuatkan dia terhibur adalah apabila dia ternampak babu roti tersebut sedang bermain badminton bersama anak jirannya di hujung jalan.

 

“Aku punyalah tunggu luar ni nak pergi beli, kau elok main badminton dengan budak-budak ni eh. 

 

Aku tunggu ni, nak beli roti. Kau boleh stop kejap main badminton. Takpalah janji kau happy dengan kau punya kerja,” katanya.

 

Susulan tularnya video itu yang kini sudah mendapat 211.6K tontonan, 27.9K tanda suka dan 387 kongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat gelagat spontan penjual roti tersebut.

Post a Comment