Pemerintah China Hapus Semua Maklumat Aktres Terkenal Di Internet – Manis Madu
Pemerintah China Hapus Semua Maklumat Aktres Terkenal Di Internet

Pemerintah China Hapus Semua Maklumat Aktres Terkenal Di Internet

Pemerintah China dilaporkan menghapuskan semua maklumat di internet mengenai pelakon popular negara itu, Zhao Wei tanpa memberikan alasan kukuh berhubung tindakan tersebut, lapor akhbar Daily Star.

 

Keseluruhan drama bersiri dan program televisyen menampilkan aktres berkenaan turut hilang dari kebanyakan laman penstriman atas talian China selain namanya turut dibuang dalam kredit filem yang dibintanginya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vicki (@vicki_zhaowei)

Kehilangan maklumat pelakon yang memiliki berjuta-juta peminat itu telah menimbulkan perdebatan mengenai tindakan pemerintah China yang menapis kandungan berkaitan Zhao Wei di media sosial.

 

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Zhao Wei dituduh tidak patriotik kerana menjemput seorang pelakon Taiwan untuk muncul sebagai watak utama dalam sebuah filem pada tahun 2016. Pemilihan pelakon tersebut bagaimanapun telah dibatalkan.

Bagaimanapun, beberapa laporan terbaharu menyebut bahawa langkah diambil pemerintah itu adalah bagi mengelakkan keadaan huru-hara dalam kalangan peminat seseorang selebriti selepas mereka terlibat dengan beberapa kontroversi.

 

Akhbar tempatan, Global Times sebelum ini menuduh Zhao Wei terlibat dalam pelbagai skandal dalam tempoh beberapa tahun. 

 

Sementara itu, Pentadbiran Ruang Siber China dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan tanggungjawab mereka, misi dan tindakan segera bagi mengekalkan keselamatan politik dan ideologi.

 

Sumber Gambar: Daily Star UK

Post a Comment