Graduan Harvard Beri Anugerah Bernilai RM164,560 Yang Diperoleh Kepada Pelajar Memerlukan
Jika seseorang individu diberi hadiah atau anugerah, pasti rasa seronok! Bahkan hadiah atau anugerah itu akan ‘dinikmati’ sebaik mungkin.
Lain pula cerita seorang graduan Harvard berasal dari Ghana ini apabila dia dengan rela hati melepaskan anugerah yang diperolehnya untuk diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan!
View this post on Instagram
Memetik laporan Washington Post, Verda Tetteh, 17, menyampaikan niat murni itu dalam ucapannya semasa majlis graduasinya di hadapan lebih 200 orang pelajar lain di Fitchburg High School di Fitchburg.
Difahamkan Tetteh memperoleh anugerah penghormatan tertinggi di sekolahnya iaitu General Excellence Award dan mendapat wang sebanyak $40,000 (RM164,560).
Namun bertindak memohon kepada pihak sekolahnya memberikan wang tersebut kepada pelajar lain yang lebih memerlukan.
“Saya sangat berterima kasih untuk ini tetapi saya juga tahu bahawa bukan saya yang memerlukan ini,” ujarnya.
Tetteh terpanggil untuk berkongsi rezeki yang diperolehnya kerana telah melalui detik sukar sepanjang proses pembelajarannya.
Dia juga berharap dengan sumbangan tersebut dapat menyuntik semangat para pelajar berpendapatan rendah untuk terus bersekolah.
Ibunya, Rosemary Annan, memberitahu CNN bahawa dia berbangga dengan keputusan anak perempuannya.
“Saya tidak sedih kerana ada orang yang akan mendapat pertolongan yang baik,” kata Annan.
Sumber Gambar: Washington Post