Grammy 2022, Fesyen Artis Yang Menyerlah & Tenggelam! Fesyen Lady Gaga Mengecewakan? – Manis Madu
Grammy 2022, Fesyen Artis Yang Menyerlah & Tenggelam!_ Fesyen Lady Gaga Mengecewakan_

Grammy 2022, Fesyen Artis Yang Menyerlah & Tenggelam! Fesyen Lady Gaga Mengecewakan?

Para artis antarabangsa terkenal seperti Lady Gaga, Justin Bieber, Haley Bieber, BTS dan ramai lagi yang menghadiri anugerah muzik Grammy 2022 yang berlangsung hari ini.

 

Walaupun fokus anugerah Grammy 2022 adalah muzik tapi tak boleh ketepikan ramai artis yang datang dengan fesyen yang menarik perhatian. 

 

Jom kita tengok artis yang fesyen mereka on fleek atau flop di Grammy 2022!

Billie Eilish

Billie (1)

Seperti yang boleh dijangka dari Billie Eilish! Sentiasa berfokuskan kepada satu warna menarik dan bom! Menjadi perhatian jurugambar di pelbagai acara. 

 

Untuk Grammy 2022, Billie Eilish mengenakan dress serba hitam yang direka oleh Rick Owen dan pakaian tersebut membantu Billie  memberikan aura seduktif pada majlis berprestij itu!

 

Fesyen Billie disenaraikan sebagai on fleek! Luvvvv~

Michelle Zauner – Japanese Breakfast

Michelle (1)

Wakil dari band alternatif rock Japanese Breakfast iaitu Michelle Zauner tampil dengan gown berwarna kuning yang menyerlah di acara tersebut.

 

Tak ramai yang boleh bawa pakaian dengan warna ini dan Michelle menyinari acara tersebut bak bunga matahari! Memang akan tarik perhatian orang ramai!

 

Warna kuning gown tersebut menyantuni tona warna kulit Michelle dengan sangat baik dan membuatkan dia mempunyai aura yang ceria dan positif!

 

Gown tersebut berjenama Valentino Couture yang terkenal dengan pakaian-pakaian yang glamorous!

 

Gaya ini disenaraikan on fleek! Shine bright like sunshine!

Carrie Underwood

Carrie (1)

Artis muzik lagu country Carrie Underwood hadir ke Grammy 2022 dengan gown berwarna dusty yellow.

 

Berbelah bahagi terhadap gown tersebut kerana warnanya sangat sesuai dengan tona kulit Carrie Underwood tetapi rekaan gown tersebut kelihatan tidak sesuai dengan dirinya, seakan-akan gown untuk majlis makan malam Tingkatan 6!

 

Kali ini, Carrie Underwood dengan gown berwarna dusty yellow berada dalam senarai flop.

Lady Gaga

Lady Gaga

Terkenal dengan gaya dan fesyen yang begitu berani, Lady Gaga hanya tampil secara sederhana untuk Grammy 2022!

 

Walaupun sederhana, anda tak boleh nafikan tarikan dan aura menyerlah dari Lady Gaga sendiri. 

 

Back to the classic! Lady Gaga memilih dress rekaan Armani Prive yang berwarna campuran klasik iaitu hitam dan putih. 

 

Bersama dengan rantai berjenama mewah, Tiffany & Co. Lady Gaga berada dalam senarai  on fleek with the classic style!

Megan Thee Stallion

Megan (1)

Megan Thee Stallion kelihatan seperti queen of the jungle berpakaian gown  ketat kulit corak harimau bintang rekaan Roberto Cavalli, dihiasi dengan anting-anting ular!

 

Kali ini fesyen Megan agak mengecewakan kerana gown tersebut telah menenggelamkan Megan kerana warna dan corak harimau bintang gown tersebut tidak sesuai dengan ton kulit Megan.

 

Megan Thee Stallion untuk Grammy 2022 berada dalam senarai  flop. Sorry Miss Stallion!

BTS

BTS (1)

Kumpulan Kpop idol kesayangan ramai, BTS hadir ke Grammy 2022 dengan sut koleksi musim luruh daripada Louis Vuitton! They look expensive!

 

Walaupun artis lelaki tidak banyak pilihan yang mana ramai yang hadir dengan sut, BTS yang hadir dengan berpakaian sut tidak langsung nampak membosankan dengan pilihan ton warna yang begitu serasi di antara 7 orang mereka.

 

Stylist mereka lakukan tugas dengan baik membantu mereka berada dalam senarai on fleek!

 

Ramai lagi artis yang hadir ke Grammy 2022 tahun ini, tapi 6 artis ini yang begitu menyerlah pada acara berprestij ini!

 

Tak sabar nak tunggu acara seterusnya yang fokus dengan fesyen iaitu Met Gala pada bulan 5 ini, agaknya artis mana berada dalam senarai on fleek atau  flop? Sama-sama kita tunggu!

Post a Comment