Gadis Tak Sengaja Kejut Ibu Kawan Sahur, Makcik Siap Ucap Terima Kasih! – Manis Madu
Gadis Tak Sengaja Kejut Ibu Kawan Sahur, Makcik Siap Ucap Terima Kasih!

Gadis Tak Sengaja Kejut Ibu Kawan Sahur, Makcik Siap Ucap Terima Kasih!

Bila dah masuk bulan Ramadhan, pelbagai ragam manusia kita boleh jumpa. Mana tak nya, 11 bulan tak puasa tiba-tiba masuk satu bulan kita kena ubah hampir keseluruhan rutin harian!

 

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Tushi, pada hari pertama Ramadhan dia sudah buat ‘hal’ apabila secara tidak sengaja menelefon ibu rakannya ketika waktu sahur.

Difahamkan, kerana mengigau, Tushi ternyata mengejutkan ibu rakannya untuk bangun sahur.

 

Ketika diberitahu rakannya tentang itu, dia pada awalnya tidak percaya tetapi mula mempercayai setelah melihat pada bahagian ‘recent calls’.

 

Tushi turut bertanya kepada rakannya samada ibu tersebut ada mendengar percakapannya ketika mengigau dan ternyata lebih dari itu!

 

“Weh tapi kannn I want to know if mak kamu ada dengar kita cakap apa-apa ke? Ke kita just macam missed call?” tanyanya.

 

“BUKAN MISSED CALL TAU. Kau memang cakap suruh mak aku bangun sahur. Dah macam boyfriend kejut bangun!” balas rakannya.

 

Lebih melucukan, ibu rakannya itu turut mengucapkan terima kasih kerana mengejutkannya untuk bersahur.

 

“Assalamualaikum, terima kasih kejut acik. Selamat berpuasa”

 

Rata-rata warganet terhibur dengan keadaan yang berlaku kepada gadis tersebut.

Post a Comment