Guna Sudu, Tak Sangka Mudah Sangat Kupas Telur Rebus!
Penyediaan bahan-bahan sebelum masak memang tidak semudahh yang disangka. Prosesnya kadang-kadang rumit dan leceh!
Namun, untuk menyiapkan tugasan di dapur dengan mudah dan cepat, sebaiknya gunakan ‘trick’, tips atau petua yang pernah dipelajari. Pasti perjalanan memasak korang lebih baik!
Baru-baru ini melalui laman sosial TikTok, seorang lelaki ada memuat naik satu perkongsian berkenaan cara-cara mengupas telur rebus dengan cara yang mudah dan hasilnya tak mengecewakan.
@zulhely Meh tengok cara kupas telur rebus pakai sudu.. #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fyp #fypシ゚viral #ForYouPage #foodtiktok #telurrebus ♬ bunyi asal – Pijah Mohamad – Finaz❤️
Menerusi video berkenaan, dilihat pemilik video mengetuk-ketuk kulit telur secara keseluruhan sebelum menggunakan sudu untuk membuang kulit telur.
Menariknya, kulit telur itu dengan mudahnya tertanggal dan hasil telur rebus tersebut terlihat cantik dan licin tanpa sebarang cacat cela.
Meninjau ke ruangan komen, warganet kebanyakannya mengucapkan terima kasih kepada pemilik video atas perkongsian tersebut. Ini kerana ramai di antara mereka baru mengetahui kaedah itu.