Guru Bahasa Melayu Didik Warganet Terma Alat Solek, Ramai Tercengang!
Pada zaman sekarang, memiliki kelengkapan alat solek merupakan antara kewajiban bagi seorang wanita.
Tak lengkap rasanya menjadi wanita tanpa alat solek!
Baru-baru ini, seorang guru Bahasa Melayu ada membuat satu perkongsian di laman TikTok mengenai terma alat solek dalam Bahasa Melayu.
@zackkirana27Nama Alat Solek : Concealer #fyp #belajarsambilgurausenda♬ original sound – zack kirana
Melalui perkongsian tersebut, kebanyakan warganet terkejut kerana tidak menyangka terma alat solek berkenaan dalam bahasa ibunda.
Madu pun tercengang juga!
Dalam video berkenaan, terdapat dua terma yang dikongsikan iaitu matte lipstick dan concealer.
Terma matte lipstick dalam Bahasa Melayu ialah gincu pusam manakala sahap noda adalah ‘nama melayu’ bagi concealer.
Guru Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Zack Kirana itu turut memuat naik video penjelasan panjang di laman Instagramnya.
Dia mendedahkan terma alat solek lainnya seperti highlighter, loose powder, corrector dan lain-lain.
View this post on Instagram
Di akhir video itu juga, guru berkenaan sempat berseloroh dengan meminta para pengikutnya menggunakan istilah Bahasa Melayu ketika membeli alat solek.
View this post on Instagram
“Lepas ni kan, apa kata kita pergi Sephora ke pergi Watsons ke kita nak beli barang tu kita order dalam Bahasa Melayu. Dik, kat mana saya boleh cari sahap noda dengan gincu pusam ye dik?”
Menarik juga cadangan Cikgu Zack! Mungkin kita boleh praktis lepas ini.