Guru Nekad Mengajar Sehari Selepas Pembedahan Buang Tumor – Manis Madu
Guru Nekad Mengajar Sehari Selepas Pembedahan Buang Tumor

Guru Nekad Mengajar Sehari Selepas Pembedahan Buang Tumor

Seorang guru di Pennsylvania kembali mengajar muridnya secara dalam talian dari hospital, sehari selepas menjalani pembedahan membuang tumor di kepalanya.

 

Menurut laporan, Katherine Meucci menjadi guru di Sekolah Rendah Benjamin Franklin di Pittsburg, Pennsylvania selama tujuh tahun sebelum didiagnosis menghidap barah otak.

 

Meskipun ketumbuhan tersebut tidak berbahaya pada ketika itu, Meucci dinasihatkan untuk menjalani pembedahan untuk membuang tumor dengan segera.

 

Bagaimanapun, wanita berusia 39 tahun itu bertekad untuk tidak mengabaikan tugas hakiki mendidik muridnya.

Katherine Meucci 2 (1)

Selepas 24 jam menjalani pembedahan tersebut 13 Oktober lalu, Meucci menerusi Facebook Live membacakan buku cerita kepada murid gred empat dari hospital.

Katherine Meucci 3 (1)

Dua tahun lalu, Muecci mula membaca buku cerita kepada muridnya setiap malam Khamis sebagai salah satu cara untuk mengenali pelajarnya dengan lebih dekat.

 

“Murid-murid saya begitu bimbang dan memerlukan saya. Mereka perlu melihat saya masih dalam keadaan baik selepas pembedahan tersebut,” katanya.

 

Muecci menyedari mengenai penyakit dialaminya selepas pernah pengsan beberapa kali dan mengalami rasa pening sepanjang pandemik Covid-19.

 

Selepas melakukan pemeriksaan di hospital, beberapa imbasan mendedahkan Muecci mempunyai tumor otak sebesar bola skuasy.

Post a Comment