Selepas Digi, Maxis Pula Buat Hal? “Sekarang Ada Di KL, Bukan Dalam Hutan Pun!” – Khairul Aming – Manis Madu
Selepas Digi Maxis Pula Buat Hal Sekarang Ada Di KL Bukan Dalam Hutan Pun Khairul Aming

Selepas Digi, Maxis Pula Buat Hal? “Sekarang Ada Di KL, Bukan Dalam Hutan Pun!” – Khairul Aming

Gangguan akses internet nampaknya semakin menjadi-jadi tidak kira apa telco sekalipun. Jika sebelum ini, telco Digi sudah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana mengalami gangguan sehingga tidak dapat mengakses data berhari-hari, kini Maxis pula buat hal katanya!

 

Baru-baru ini, seorang selebriti media sosial, Khairul Aming ada memuat naik isu ini di laman Twitter nya.

Menurutnya, meskipun berada di kawasan bandar, dia tidak dapat mengakses data dengan baik. Bukan di tengah hutan pun!

 

“Macam mana aku tak sakit hati dengan Maxis. Sekarang ada kat KL, ibu negara Malaysia. Bukannya tengah hiking masuk hutan pun. Bayar RM150 sebulan, tapi nak load Twitter pun tak lepas. Bagi 4G pun line 2 bar. Kau bayang nak 5G macam mana nanti. Phone kawan aku pun sama jugak slow,” luahnya di laman Twitter.

Dalam ciapan yang sama, Khairul Aming turut sertakan beberapa tangkap layar menunjukkan kegagalannya mengakses data dengan lancar.

 

Melalui ciapan tersebut, warganet lainnya juga turut meluahkan rasa yang sama. Kebanyakan daripada mereka juga mengalami gangguan serta masalah yang serupa.

 

Madu harap masalah ini akan segera selesai. Siapa tak sakit hati kan, kita bayar untuk gunakan perkhidmatan mereka tetapi apa yang kita dapat tidak berbaloi!

Post a Comment