Habis Satu Kampung Sesak Nafas, Hampir Pitam Disebabkan Udara Berbau Busuk! – Manis Madu
Habis Satu Kampung Sesak Nafas, Hampir Pitam Disebabkan Udara Berbau Busuk

Habis Satu Kampung Sesak Nafas, Hampir Pitam Disebabkan Udara Berbau Busuk!

Mula-mula hanya dua penduduk wanita kampung tersebut yang tiba-tiba pengsan, tak lama kemudian, hampir satu kampung terkena simptom buruk!

 

Itu yang berlaku di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kulai, Johor Bahru apabila puluhan penduduk di kampung tersebut mengalami simptom sesak nafas, loya dan hampir pengsan akibat terhidu udara yang berbau busuk.

 

Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku malam semalam di kampung tersebut dikatakan muncul bau yang sangat kuat seperti bau petrol yang menyebabkan penduduk kampung berasa loya dan tidak selesa.

 

Salah seorang penduduk kampung, Hafiz Badrul Hisham, 37 berkata kejadian itu berlaku bermula 8.30 malam, selepas seluruh kampung diselubungi bau busuk yang menyesakkan nafas mereka.

 

“Pada 8.30 malam ketika sedang berada di luar rumah, secara tiba-tiba saya terhidu satu bau tidak menyenangkan yang menyebabkan sesak nafas.

 

“Saya tergerak hati cuba mencari puncanya sama ada datang dari dari stesen minyak berhampiran.

 

“Namun, bau itu makin lama makin kuat. Ketika itu, saya lihat ramai jiran sudah keluar mungkin terganggu bau pencemaran udara itu.

 

“Saya ternampak seorang wanita sudah batuk-batuk sebelum pengsan. Saya terus beri bantuan bawa masuk dalam rumah sementara tunggu bomba sampai,” katanya ketika dihubungi.

 

Pihak berkuasa mengesyaki terdapat pencemaran bahan kimia yang berlaku menyebabkan penduduk kampung sakit, maka pihak berkuasa mengeluarkan arahan pengosongan di kampung tersebut.

 

Seramai 102 penduduk kampung terpaksa dipindahkan ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru buat sementara waktu.

Post a Comment