Wartawan Sukan Wanita Kesal Sikap Kurang Ajar Pemain Bola Sepak – Manis Madu
Wartawan Sukan Wanita Kesal Sikap Kurang Ajar Pemain Bola Sepak

Wartawan Sukan Wanita Kesal Sikap Kurang Ajar Pemain Bola Sepak

Seorang wartawan sukan wanita Ukraine meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan sikap sesetengah pemain bola sepak yang cenderung bersikap kurang ajar dengan media, lapor portal berita RT.com semalam.

 

Valerie Suchkova menyatakan hal tersebut selepas seorang rakan sekerjanya diherdik oleh pemain bola sepak Ukraine ketika melakukan temu bual sejurus tamat perlawanan menentang Republik Czech.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Valeria Suchkova (@valeriasuchkova_)

Menurut Suchkova, kebanyakan bintang bola sepak menganggap mereka berhak menggunakan kata-kata kesat dan berbaur penghinaan kepada wartawan jika tidak menggemari soalan yang diajukan.

 

“Saya tidak faham apakah hak istimewa yang diberikan kepada pemain bola sepak bertaraf bintang ini untuk melayan media dengan buruk dan kami tidak boleh berbuat apa-apa tentangnya?

 

“Malah jika wartawan itu seorang wanita, perbuatan mereka seperti meramas payudara dan memegang punggung kami ketika siaran langsung dianggap normal. Saya sangat menentang perkara ini,” tegas gadis itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Valeria Suchkova (@valeriasuchkova_)

Tambahnya, media dan ahli sukan sepatutnya bersikap lebih profesional dan bekerjasama baik dengan media kerana mereka saling memerlukan.

 

Jika ahli sukan berasa tidak selesa dengan soalan yang diberi, mereka sepatutnya bersikap lebih sopan kerana wartawan akan memahami situasi tersebut.

 

“Media dan ahli sukan saling memerlukan. Anda perlukan sokongan serta publisiti dan kami perlukan bahan berita jadi kita sepatutnya saling cuba untuk bersikap lebih matang,” ujarnya lagi.

Post a Comment