Handal Kendali Motosikal Berkuasa Tinggi, Gadis Kacukan Cina Jepun Buka Mata Ramai Orang – Manis Madu
Handal Kendali Motosikal Berkuasa Tinggi, Yulina Tan Jade Kacukan Cina Jepun Buka Mata Ramai Orang

Handal Kendali Motosikal Berkuasa Tinggi, Gadis Kacukan Cina Jepun Buka Mata Ramai Orang

Jarang sekali golongan wanita melibatkan diri dalam dunia permotoran dan ia menjadi sesuatu yang unik. 

 

Minat yang mendalam dalam dunia permotoran mendorong gadis kacukan Cina dan Jepun ini  memilih untuk melibatkan diri dalam sukan moto berbanding pekerjaan lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by super srs racer gorl (@rosyulina)

Yulina Tan Jade, 27, bukan sahaja memiliki wajah yang cantik malah mahir dalam mengendalikan pacuan dua roda di litar. Dia sanggup berdepan dengan apa juga cabaran asalkan impiannya untuk menjadi pelumba motosikal tercapai.

 

Yulina dilihat mempunyai potensi yang besar dalam mengendalikan motosikal dua roda ini dan mampu melangkah lebih jauh.

 

Antara pencapaian terbaik yang pernah disandang oleh Yulina termasuklah mendapat tempat pertama di Melaka International Motorsports Circuit untuk kategori Rookie pada tahun 2017 dan tempat kelima keseluruhan di Malaysia Superbikes Championship-Ducati Desmo Cup pada Oktober 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by super srs racer gorl (@rosyulina)

Setiap usaha pasti ada cabaran yang dihadapi seseorang, begitu juga yang dialami Yulina sepanjang dia melibatkan diri dalam dunia permotoran.

 

Usaha yang dilakukan selama ini dilihat membuahkan hasil apabila dia berjaya membuka mata banyak pihak sehingga mendapat penajaan sebuah syarikat.

 

Gadis itu berkata, dia mula menunggang motosikal beberapa tahun selepas tamat persekolahan dan tidak pernah mengimpikan untuk menjadi pelumba motosikal.

 

Moto pertama yang dimiliki Yulina adalah motosikal Kawasaki Ninja 250 yang mana ketika itu digunakan hanya untuk ulang-alik ke universiti.

 

Namun, selepas mengikuti rakan ke litar lumba motosikal, minat terhadap sukan itu mula tercetus.

 

Dia mula menyertai akademi di bawah kendalian pelumba Malaysia, Lee Ching Hooi sebelum meneruskan pelajaran di Yamaha Champions Riding School (YCRS).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by super srs racer gorl (@rosyulina)

“Di sini, saya banyak belajar mengenai sukan permotoran secara teori dan praktikal mengenai teknik mengambil selekoh, menggunakan brek, peraturan dalam litar dan sebagainya,” -Yulina

 

Dia mula melibatkan diri dalam kejohanan perlumbaan motosikal yang dianjurkan di Malaysia pada tahun 2017 dan sejak itu dia mula menyertai pelbagai kejohanan di sekitar Malaysia.

 

Walaupun pada awalnya ibu bapa Yulina agak risau apabila anak gadis mereka terbabit dalam sukan permotoran.

 

Namun selepas pertama kali melihat Yulina beraksi di litar, kedua ibu bapanya mula memberi sokongan moral untuk dia bergiat secara aktif.

 

Dia juga pernah terbabit dalam beberapa kemalangan sehingga patah tulang bahu, retak tulang muka dan patah tangan sepanjang menceburi sukan ini.

 

Menurut laporan Harian Metro, Yulina ada menyatakan hasratnya untuk berlumba dalam kategori 600cc di Kejuaraan Kebangsaan (MSBK) yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini.

Post a Comment