Hanya ‘Educate’ Ibu Tentang Penyusuan, Wanita Dituduh Tak Malu! – Manis Madu
Hanya ‘Educate’ Ibu Tentang Penyusuan, Wanita Dituduh Tak Malu

Hanya ‘Educate’ Ibu Tentang Penyusuan, Wanita Dituduh Tak Malu!

Kehidupan sebagai seorang ibu muda bukan satu perkara mudah kerana perlu menguruskan pelbagai perkara dalam usia yang masih muda.

 

Susulan itu, terdapat beberapa pihak tampil untuk mendidik mereka yang kurang tahu tentang hal-hal keibuan seperti penyusuan, mengurus diri, mengurus anak dan lain-lain.

Baby feeding from a bottle

Namun, terdapat juga segelintir golongan yang masih memandang serong soal didikan terhadap para ibu baharu ini.

 

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @nadmasrom tentang reaksi yang diperoleh apabila berkongsi ilmu untuk ‘educate’ para ibu.

Menurut wanita berkenaan, dia hanya menunjukkan cara-cara menggunakan pam dengan betul tetapi tindakannya itu dikecam beberapa individu yang mengatakan dia tidak malu kerana membuat perkongsian tersebut.

 

“Eii tak malu la dengan imej macam tu,” tulis seorang netizen.

 

Selain itu, Nad juga menerima komen-komen berbaur lucah hanya kerana berkongsi tentang ilmu penyusuan.

 

“Melucahkan penyusuan is not cool bro. Semua nak dilucahkan. Kesian kat mak korang. Lupa ke kita semua disusukan oleh mak kita dulu?” tambah Nad di ruangan caption hantarannya.

 

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet yang bersetuju dengan luahan Nad kerana merasakan ilmu seperti itu bukan sesuatu perkara yang patut dimalukan.

 

Kebanyakan daripada mereka juga memberi semangat buat wanita tersebut untuk tetap meneruskan perkongsiannya dan menghiraukan komen-komen negatif seperti itu.

 

Madu setuju! Perkara seperti ini penting buat para ibu yang kurang ilmu penyusuan, sangat membantu mereka. Hmm, tak faham kan kenapa perlu selitkan komen-komen negatif seperti itu?

Post a Comment