Isu Viral Breastfeed, Doktor Ini Kongsikan Pengalaman Menyakitkan Untuk Menyusu!
Isu Viral Breastfeed, Dr Aen Kongsikan Pengalaman Menyakitkan Untuk Menyusu

Isu Viral Breastfeed, Doktor Ini Kongsikan Pengalaman Menyakitkan Untuk Menyusu!

Baru-baru ini isu breast feed tiba-tiba viral dan hangat dibualkan oleh para netizen, khususnya di Twitter.

 

Ianya berpunca daripada seorang Tweetfamous yang mempersoalkan tentang sikap sesetengah ibu yang ‘materialistik’ dan anak-anak yang dihantar ke pusat pengasuhan hanya diberi susu formula dan bukannya susu badan. Dia seolah-olah mengatakan ibu yang bersikap sebegini tidak mementingkan kesihatan anak mereka.

Ramai netizen marah apabila lelaki ini mengeluarkan pendapat yang sangat judgemental! Siapa saja tak geram dan kalau korang nak tahu menyusu bukanlah satu perkara yang senang.

 

Jom kita tengok penjelasan daripada Dr Aen #RakyatJagaRakyat (aensaari) di Twitter tentang susahnya untuk breastfeed ini.

Di dalam bebenang itu, beliau mengatakan bahawa sentuhan kulit perlu dilakukan sejurus sahaja bayi dilahirkan untuk merangsang hormone oxytocin. Hormon ini tujuannya untuk memudahkan proses penyusuan bayi.

SS_Image_2-768

Namun, tidak semua ibu dan bayi akan mendapat sentuhan kulit awal disebabkan oleh beberapa komplikasi yang boleh berlaku. Kalau kes itu teruk bayi pula harus dimasukkan ke NICU!

 

*NICU= Neonatal Intensive Care Unit (wad khas bayi)

 

Maduners kena tahu bahawa setiap wanita menghadapi situasi yang berbeza semasa nak melahirkan anak. Bukan semua orang mempunyai pengalaman yang senang seperti apa yang selalu kita tengok di movie.

 

Dr Aen juga sempat berkongsi pengalaman beliau menghadapi komplikasi semasa melahirkan anaknya, Adra.

SS_Image_3

Disebabkan tiada sentuhan kulit awal bersama anaknya, Dr Aen tidak boleh mengeluarkan susu badan walaupun beliau telah cuba sedaya-upaya. “Sampai berdarah dan sakit!” kongsinya lagi.

SS_Image_4

Susu yang keluar pula bukan banyak tapi sikit. Namun disebabkan oleh sayang terhadap anak, terpaksa juga menyusukan bayi walaupun puting berdarah dan luka. Ouch!

 

Melihat perkongsian pengalaman dari doktor ini, membuatkan Madu berasa betapa susahnya nak jadi seorang ibu! Nak menyusukan bayi pun susah, apa lagi membesarkan anak.

 

Selain daripada komplikasi kelahiran, stress juga merupakan antara salah satu faktor mengapa seseorang ibu susah untuk mengeluarkan susu badan.

Kepada mummy atau bakal mummy di luar sana, janganlah cepat menghukum terhadap situasi seseorang. Tidak semua orang dapat menikmati pangalaman yang easy khususnya apabila melibatkan anak. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang sedang dihadapi oleh orang lain.

 

~Stay safe Maduners!~

Post a Comment